Wednesday, February 9, 2011

Revolusi Mesir: Apa kena mengena?

Assalamualaikum.Sari berita utama.

Hari ini wakil jurucakap kerajaan Mesir mengulas kemampuan Presiden nya, Hosni Mubarak dalam meraih keyakinan ahli dewan parlimen, barisan menteri dan perdana menterinya pada satu sidang media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kaca televisyen.

Ala, tengok kat TV jela. Itu pun tak sempat tengok habis berita tu sebab cuma tumpang tengok kat rumah member masa hantar dia tadi. Tak sempat sangat nak compute masuk input maklumat tentang situasi terkini Mesir. Sebuah negara yang sedang bergolak. Bergolak dengan kebangkitan para pemuda Mesir yang menentang pemerintahan yang penuh manipulasi oleh Tuan Presiden nya. (Masih kira Presiden ke camne?xpe2,pkir sendiri la ye..)

from Newsweek

Balik rumah masa demam hari tu pun sempat tengok sikit je Newsweek latest copy. Pasal youth revolution in Egypt. Iyela,kan dalam bahasa Inggeris.Tengah pening-pening lagi time tuh. Macam mana la nak larat baca semua..Haila,alasan betul la cik alang oi. Nampak sangat generasi baru sekarang ni kurang amek pusing isu ummat.Ish3..Nauzubillah. Kalau nak mengaku ummat Rasulullah di Padang Mahsyar nanti, kena la ambil tahu kan. (bukan sekadar ambil tahu,kena ada implikasi jugak la kan.).

Ni ambil potongan hadith dari blog Ust.Zaharuddin. Juga antara hadith yang kita biasa dengar,

من أصبح وهمه الدنيا فليس من الله في شيء ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Ertinya : Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa  yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)"
( Riwayat At-Tabrani, Majma' Az-Zawaid, 10/248 ; terdapat perawi bertaraf Matruk)
from Newsweek

Kali ni takda la nak tulis panjang-panjang..Cuma nak berkongsi tentang buku Pengenalan Dakwah Ikhwanul Muslimin oleh Sa’id Hawwa. Dah jadi macam ni di Mesir, baru la nak terkulat-kulat baca buku berkaitan gerakan Islam tersebut yang so called Muslim Brotherhood yang disebut-sebut dalam Newsweek beberapa keluaran terbaru ni.
Belajar untuk memahami uslub dakwah, kaedah dan pendekatan yang dibawa oleh pejuang-pejuang Islam di seantero dunia. Dari mana dan dimana titik temunya dengan perjuangan Rasulullah. Meskipun ramai yang declare masing-masing sebagai sebahagian dari Ikhwanul Muslimin, macam mana kita nak tahu kalau tidak mengenal garis perjuangan IM tu sendiri.  Sama juga bila kita mengaku kita penerus perjuangan Rasulullah, nak tahu authenticity jalan yang kita pilih ni, perlu tahu apa yang Rasulullah bawa dulu. Dari SIRAH RASULULLAH S.A.W~
Umur kian bertambah,
Malam berganti sudah,
Langkah menyusur sirah,
Sunnah menuntun tingkah..
Allahumma salli ‘ala Muhammad..Ya Rasulullah..
Hari ni umur meningkat lagi, adakah semakin hampir atau semakin jauh aku dari sisi mu nanti Ya Rasulullah..