Thursday, August 4, 2011

Sweet little candy::Bermanis muka~

Assalamualaikum.
Ramadhan ni, pendek jela pos nye. Supaya kita ada lebih masa melakukan ibadah lain juga^_^.
Ni waktu pagi lagi,semua orang masih bertenaga hasil sahur pagi tadi. Produktif semuanya.Kan3?
Tapi, bila waktu dah menjelang petang, bekalan tenaga dari glucose telah habis lalu badan menggunaka reservoir yang ada iaitu stok simpanan lemak dalam badan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. Tapi penggunaan reservoir ni bersama-sama menghasilkan bahan2 yang turut membuatkan kita rasa sengal-sengal pada sendi & otot,tidak kecukupan tenaga dan keletihan jugak eh..Penat..Lapar..Muka dah toya untuk menunggu waktu berbuka..

Eh, tiba-tiba kita terbaca satu hadith tentang bermanis muka.Ha, Rasulullah berpesan,

"Jangan kamu memandang rendah kepada sebarang kebajikan, sekalipun dengan engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis." Riwayat Muslim.

Oho, jom kita bermanis muka walau perut sedang berkeroncong main lagu jawa dan sendi-sendi terasa sengal semuanya. Kerana dengan itu kita melakukan kebajikan. Melakukan sedekah. Lagi2 di bulan Ramadhan. Ni pesanan untuk diri sendiri ni sebab tu tulis.

Jom3~ maniskan muka jumpa keluarga, jumpa sahabat & orang disekeliling kita.Seakan nampak pelangi, nampak gula-gula berwarna warni!! Wah, aura manisnya terasa.Manisnya ukhuwwah kerana Allah (^_^)v

p/s: Ni ad pattern baru utk armsocks^^ saja nak share kt sni sket~