Friday, January 14, 2011

::Jiwa kacau lari trek::

Sebenarnya hari ni jiwa berserabut.Padahal dari semalam, gaya semuanya lancar.Dapat buat usrah sehabis baik untuk adik-adik,dapat jawab soalan tutorial pagi tadi, tudung ngan baju hari ni bergosok dan tak buat hal, jadi MC untuk RoW tengahari tadi dengan lancar walaupun bidan terjun je, jadi ketua biro akademik SOPHYS yang baru dengan ahli biro yang boleh masuk punye,perancangan biro yang lancar,best,menarik tertarik memang meletop la kot.Kepala yang rasa nak meletup..Ha,amek kau, panjang bebeno gamaknye list aktiviti..Dah rasa lancar dah.Tapi dalam hati hari ni ada perasaan yang aneh. Aneh bila rasa seronok, smooth je kerja, tapi deep inside macam ada something wrong somewhere somehow..Apa tu??
Mungkin sesuatu yang zahirnya terlihat baik tetapi apakah Allah menerima amalan tu? Bila syarat ibadah itu pada niat dan ikhlas kerana Allah..
Mungkin juga Allah nak uji apa yang alang cakap pada adik-adik dalam usrah semalam.Tentang niat. Sekali dengan demo kan lagu Itulah Sayang dari The Ramlees kat adik-adik tuh ;
Tanya sama hati apa asal sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga,Bulan dan bintangnya,
Punya tanda2 hubungan mesra.

Tanya sama hati apakah merindu,
Ingat masa lena apa mimpi mu,
Bila berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang..

Alang tanya secara rawak, “Ha,rasa2 lagu ni sesuai untuk siapa?”
Ada adik2 yang menjawab “untuk mak ayah pun boleh”.Ada jugak yang menjawab, “Kekasih”, “Sahabat” dan yang selebihnya cuma terkumat kamit tapi tak keluar patah jawapannya. Jadi alang pun cuba merumuskan,
“Ha,sebab lagu ni universal,bergantung pada siapa kita ingat bila kita dengar atau nyanyi lagu macam ni. Kalau ingatkan mamat hensem bilik lecture sebelah (lelaki ajnabi la tu kan), boleh jadi maksiat.Maksiat hati.Mana tak nya kalau dah layan jiwa-jiwa dan berbunga-bunga taman dalam hati tu. Tapi kalau kita tujukan kepada mak ayah kerana rindukan mereka, boleh jadi ibadah lagi kerana menyemai rasa kasih sayang kepada kedua ibu bapa kita..Dengan niat, sesuatu boleh jadi maksiat, boleh jadi ibadat.Yang penting, ibadat & maksiat tak mungkin bersatu dalam satu keadaan.”
Berdesir rasa dingin dalam hati saat menuturkan ingatan buat adik-adik tu semalam.Mungkin ni lah masalah yang bermasalah tu. NIAT. IKHLAS. Mungkin dalam hati ni, belum cukup dipaksikan niat segala amal perbuatan siang tadi kerana Allah. Walaupun sedar hari Jumaat, saat masa berlalu menjengah siang ke malam, tak mustahil niat yang mulanya kerana Allah sedikit demi sedikit terhakis dan diganti dengan cita-cita dan tujuan dunia semata. Macam plan nak naik utara sampai Penang, bila dah sampai Ipoh, tiba2 tukar fikiran nak ke Pahang. Kan masalah tu.Sebab amalan itu tak tersampai pada tujuan. Kalau tujuan kerana Allah, ganjarannya dan redha nya disisi Allah. Kalau dah tersasar pada tujuan dunia semata, dapat apa? Dunia belum tentu dapat, tapi akhirat dah melepas..
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Menurut syarah hadith ini oleh dr. Mustafa Al-bugha dan Muhyiddin Misto yang dibaca dari Halaqah Online, Imam Abu Daud berkata: “Sesungguhnya hadith ini iaitu hadith bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat”
Mungkin dah biasa sangat dengar hadith ni tapi urusan niat ni perkara sehari-hari.Sering sangat berbolak balik dan berubah-ubah kerana ia sesuatu yang ghaib dan tidak terlihat oleh orang lain.Cuba kalau tiap apa yang kita niatkan tu keluar macam text besar-besar atas kepala kita, rasanya confirm semua orang akan berusaha sedaya upaya bagi niat tu terarah kepada jalan yang baik.
Adoyai la..
Wahai esok, lebih baik kah kamu dari hari ini? Sebab kalau tidak, sungguh-sungguh aku orang yang rugi. Sangat-sangat ruginya. Berusaha untuk menjadi muslim sepenuh masa.FULL TIME MUSLIM. 24 jam, ditolak masa solat, doa dan munajat, yang selebihnya apakah ibadat atau maksiat??
Kerana hanya pada Allah kita mampu meminta, jadi mintalah untuk ditetapkan istiqamah pada jalan yang Dia redhai
~Allahu a’lam:Allah knows~

Monday, January 10, 2011

(11/1/11):Tarikh BEST!!

Alahai, esok dah 11.1.11.Cantik kan tarikh?

Ada la alang tanya kengkawan terdekat,
"Tarikh esok best la.Jom buat Menda2 yang best jom!Ada tak?"
Ada la pulak yang berseloroh dengan selamba berkata,"Nak kahwin la esok!Leh?"

Nak angkat kening sebelah can Ziana Zain kat dia, tak reti. So buat muka pending jela..Loading..Then gelak sama2.heh.Kalau iya pun nak buat sesuatu yang diingati esok, takda la sampai tak kena hujung pangkal, nak kahwin. Ingat macam main masak2 apa?heh.Biasa la orang belum kahwin, perkara yang dirasakan paling istimewa mesti la kahwin kan?Cuba try tanya soalan yang sama pada orang yang dah kahwin.Kalau bagi jawapan "kahwin" jugak, mau ada yang kena penangan tarik muncung sejengkal isteri plus bonus tidur luar seminggu.(kalau kena yang type2 berkenaan la..)

Eh,apa cer la pulak kahwin2 nih? Lari trek da..

Nak cerita tentang kenangan manis sebenarnya..Sweet moments~Biasanya yang sweet2 ni sinonim dengan perempuan sebab fitrahnya halus, santun, lembut, bla.bla.bla..dan sebagainya.Tapi  kan, bila ingat-ingat balik, selalunya kalau kita habiskan masa sesama girlfriends, selalu dengan perkara biasa. Shopping, yela,kan shopping tu terapi.Tapi jangan membazir ya.Allah tak suka. Makan sama-sama.. Jarang-jarang buat benda-benda yang impulsive sikit, yang pelik-pelik.

Tapi yang jarang-jarang tu yang mahal^^

Contoh, kek hari jadi jeli pandan yang dibuat sendiri sampai tumpang rumah sewa kawan ngan peti ais koperasi sebab nak celebrate birthday.hu.Terharu abes!

Ada tengah duduk-duduk gap 8 hari waktu final exam nak pergi ziarah sahabat di Perlis.Decide pagi, tengah hari terus siap nak keluar.Naik bas loncat segala.Jauh perjalanan..Padahal satu malam je pun perginya.

Masa sekali buat usrah di Taman Tasik Titiwangsa sambil menikmati keindahan alam pulak, tiba2 ditegur 2 orang pak guard yang penuh bergaya menaiki kuda hitam.Canggih! Entah apa la yang salah nya kami duduk situ..Alhamdulillah tegurannya berhikmah..

Macam-macam ada. Tapi dah lama tak rasa macam tu..



Ukhuwwah tu kan manis.Lagi manis dari gula.Kerana sayang.Sayang kerana Allah.Dan moga Allah kurniakan rasa manisnya iman dengan manisnya ukhuwwah ini.Akan tetap terasa manisnya meski pun tidak bersama^^~

Dipetik dari sepotong hadis yang dibaca dari buku Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta’alim,
Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para Anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah.”
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.
Demi Allah muka mereka adalah ‘cahaya’ dan mereka adalah di atas ‘cahaya’. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.”
Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.” (Yunus:62) (Hadith Riwayat Ahmad)

Hm..nak merancang kenangan manis untuk hari esok lah^^.da~

Saturday, January 8, 2011

Yang telah pergi~

Selaut kasih seluas ingatan,
Buat sahabat yang telah pergi,
Moga aku tetap kuat pada jalan ini,
Jalan yang telang engkau lalui dulu,
Dan jalan yang engkau tetap bersama saat kau pergi..

Saat terkilas masa lalu,
Saat hati meronta rindu,
Ku harap ingatan ini menjadi ingatan bagiku,
Agar tetap bersama Allah Yang Satu,
Yang tiap ingatan ku pada mu,
Menjadi zikir padaNya pengubat rindu ku..

Kelak kekuatan ku, langkah ku,
Ku harap tetap Allah bersama..

Lirik setanding The Rest Of My Life, Maher Zain..

Friday, December 31, 2010

WHOOAA!!TAHUN BARU!!

p/s: post kali ni mmg pnjang sikit ye.Tarik nafas panjang-panjang dulu sebelum baca.Kot penat nak tnggu abes.

“WHOOAAAA!!!!!” PIIINNNN!!!! “FEEWWWIITTT!!!” PRENGGPRENGGPREENNGG!!!
Gegak gempita langit Shah Alam di malam tahun baru dengan jeritan,hon kereta, usikan mat-mat rempit yang melihat minah-minah rempit melalui jalan dengan pres motor yang membingitkan sebaik sahaja skrin besar di Dataran Shah Alam menyiarkan countdown tahun baru dengan jeritan “SELAMAT TAHUN BARU!!” diiringi dua das tembakan bunga api di kawasan dataran.

Sesak betul jalan raya dipenuhi kenderaan dan motor mereka yang ingin merayakan tahun baru 2011 beramai-ramai didataran.MeRAYA kan??Hm,apa-apa jela.Sama sesaknya nafas dan jiwa bila menjadi saksi betapa ramainya anak bangsa yang berpeleseran, bercanda dan berhimpitan bebas lelaki dan perempuan dalam ratusan kumpulan-kumpulan manusia yang meraikan tahun baru dengan pelbagai gaya dan cara.
Sesekali riak wajah anak-anak bangsa ini berubah bila dapat teguran nasihat dan edaran flyers dari sekumpulan anak muda lain yang berjalan melalui mereka. Kumpulan anak muda yang tidak tegar melihat saudara seama mereka TERGADAI maruah, TERGOLEK di jalan, TERSIMPANG aqidah. Betapa  merasa dirahmati bila melihat masih ada yang sayang.
Macam-macam respon ada. Yang berterima kasih, tersenyum kelat, ada juga yang nakal mengusik petugas-petugas muslimah yang bertudung labuh. Kalau dah macam-macam tu,tak kurang jugak la respon negatif yang menyakitkan hati dan mennyuntik nafsu amarah terbakar. Haish.. Macam ayat-ayat usikan yang berbau penghinaan dan perlekehan tu. Ya Allah, kalau bukanlah Allah yang meneguhkan hati-hati ni, pasti dah ada je yang melenting keluar api.FIRE!!
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah:40)
Menjalankan tugas sebagai daie, menyampaikan dakwah, manusia tetap manusia. Jadi kalau nak marah tu, confirm2 memangla ada. Tapi yang penting bila kita tahu yang TUJUAN itu lebih utama dari mehnah pada JALAN yang dialui, cepat-cepat hati beristighfar . “Hei,pi main jauh-jauh la!” Halau syaitan jauh-jauh. Dahla nafsu amarah tu memang senang-senang panas enjin.So, no more space for syaitan ok. Syaitan go away, don’t come again another day~
“Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa)dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka itu juga merekamelihat(keasalahan-kesalahan nya) .”
(Al-A’raf:200-201)
Kalau orang perlekeh sikit dah nak marah, kenapa tak ambil ibrah dakwah Rasulullah? Orang kata Nabi S.A.W gila kot. Physical and mental abuse lagi. Kalau kita, sah-sah memang dah bagi fire kamehameha sebijik dah tuh. PANAS je..Dan Allah pesan agar baginda tak susah hati dengan kata-kata dan celaan golongan yang menolak dakwah baginda. Jangan rasa lemah, jangan rasa sedih. Percaya dan banggalah dengan dakwah yang kita bawa kerana titik tolaknya pada aqidah dan hujung jalannya dalah redha Allah dan syurga yang tak terkata indahnya..Bahagia yang menanti diakhir mesti perit tekak menelan payah. Moga Allah terima amalan kita, ikhlaskan hati kita dan tetapkan hati kita dalam jalanNya..
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. 

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. 

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

(As-Saff:10-14)
Dan janji Allah itu PASTI datang..

Thursday, December 16, 2010

Songs to Remember~Dedicated to her and my remaining friends too~

2 hari lagi, genap 5 bulan dia pergi..
Diiring rindu dan Al-Fatihah, moga dia aman disana..
Masih jauh atau dekat akhir ku, cukupkah amal ku, yang bisa aku bekali untuk ke'sana'..
Agar bisa bertemu dan berteman semula dengannya di syurga..

AIZAT-KAU AKU