Friday, September 3, 2010

Salah Orang,Salah Faham & Salah Tingkah?

"Kalau kita tak kenal Izzah, macam mana kita nak cari Izzah kalau dia tak bagitahu ciri2 dia? Pakai baju apa, tudung apa,pakai spek ke tak..Ha,macam mana?"
Adik-adik tu dengar aje.Sengeh-sengeh,geleng-geleng.."Tak tahu.." Rawak jawapan yang alang dengar.

"Jadi mungkin tak kalau kita tak tahu ciri dia, kita SALAH ORANG?Kenapa la orang ni buat dek je aku panggil ni.Puas kita panggil dia tak toleh.Sebab orang tu bukan Izzah.Tapi kita tak tau."Alang jawab sendiri.
"Hmm.."adik-adik menjawab mudah.

Alang menyambung.
"Okay,jadi sama jugak kalau kita tak kenal Islam.Kita tak tahu ciri-ciri sebenar Islam. Sekali rupa-rupanya apa yang kita buat selama ni tak follow apa yang Islam suruh."
Amirah,Anis,dan adik-adik lain tersenyum mula menunjukkan signal 'FAHAM'.Tiba-tiba bacaan quran di corong masjid diberhentikan.Alamak,dah nak masuk waktu berbuka! Cepat-cepat alang cuba menghabiskan ayat.

"Jadi,itu apa yang kita nak bincang dalam perjumpaan akan datang ya.Ciri-ciri Islam.Kita nak pastikan apa yang kita buat, anggapan kita tentang Islam itu jelas dan benar. Ish, malu la jadi orang Islam tapi tak tahu pun apa lebihnya agama kita berbanding yang lain. Ok2.Dah nak berbuka ni!!Kita tangguh dulu majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah al-'asr"

Kalut-kalut kami turun untuk berbuka dengan jemaah masjid yang lain di bawah.
Hah,selesai.Lega.Hilang satu beban tanggungjawab untuk berkongsi 'mengisi' hati-hati kami dengan majlis ilmu sebelum semuanya pulang berhari raya.Perkongsian ilmu yang membawa kepada mengingati Allah.Ha,kan kira majlis zikir tu.Ganjaran lagi bulan puasa!!He.Bukan ganjaran sahaja yang kita kejar.Redha Allah tu..


Kali ni sempat bincangkan hadith pertama dalam Kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi.Tentang NIAT.Dari Amirul Mu'minin Umar Al-Khattab, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Alang minta Siti bagi huraian kepada sahabat-sahabat lain.
"Jika kita niat itu kerana Allah dan Rasul,kita dapat Allah dan Rasul la.Kalau kita lakukan sesuatu kerana dunia, dapat dunia je.Seperti sahabat Rasulullah yang berhijrah kerana ingin meminang seorang wanita bernama Ummu Qais.Jadi kita perlu niatkan perbuatan kita kerana Allah.."Ulas Siti.


Hmm..bagus adik-adik ni..Nampak bersemangat betul mendekati Islam.Terharu rasanya.Teringat zaman-zaman dulu bila malas nak ikut majlis agama.Pengajaran betul bila lihat adik-adik ni.Untungnya bermula awal,kerana kita tak tahu bila Allah ambil umur kita.Dah tak sempat nak buat baik..
Jadi untuk perjumpaan lepas raya nanti,kena buat persediaan sikit la.Kongsi yang terbaik untuk adik-adik ni  dan diri sendiri jugak.Wa3!!Dah nak raya!!!


Dan Ramadhan semakin berlalu..Ya Allah,berilah kekuatan untuk kami bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Mu,mengenali Mu,mencari agama Mu, dan menegakkan perintah Mu..

~Ramadhan akan pergi,tetapi Engkau sentiasa kekal abadi~

No comments:

Post a Comment