Thursday, August 4, 2011

Sweet little candy::Bermanis muka~

Assalamualaikum.
Ramadhan ni, pendek jela pos nye. Supaya kita ada lebih masa melakukan ibadah lain juga^_^.
Ni waktu pagi lagi,semua orang masih bertenaga hasil sahur pagi tadi. Produktif semuanya.Kan3?
Tapi, bila waktu dah menjelang petang, bekalan tenaga dari glucose telah habis lalu badan menggunaka reservoir yang ada iaitu stok simpanan lemak dalam badan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. Tapi penggunaan reservoir ni bersama-sama menghasilkan bahan2 yang turut membuatkan kita rasa sengal-sengal pada sendi & otot,tidak kecukupan tenaga dan keletihan jugak eh..Penat..Lapar..Muka dah toya untuk menunggu waktu berbuka..

Eh, tiba-tiba kita terbaca satu hadith tentang bermanis muka.Ha, Rasulullah berpesan,

"Jangan kamu memandang rendah kepada sebarang kebajikan, sekalipun dengan engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis." Riwayat Muslim.

Oho, jom kita bermanis muka walau perut sedang berkeroncong main lagu jawa dan sendi-sendi terasa sengal semuanya. Kerana dengan itu kita melakukan kebajikan. Melakukan sedekah. Lagi2 di bulan Ramadhan. Ni pesanan untuk diri sendiri ni sebab tu tulis.

Jom3~ maniskan muka jumpa keluarga, jumpa sahabat & orang disekeliling kita.Seakan nampak pelangi, nampak gula-gula berwarna warni!! Wah, aura manisnya terasa.Manisnya ukhuwwah kerana Allah (^_^)v

p/s: Ni ad pattern baru utk armsocks^^ saja nak share kt sni sket~

Wednesday, July 27, 2011

Saiz armsocks~

Assalamualaikum.he.Sebenarnye nak reply comment reader kat bawah tu.Tapi disebabkan asyik tak berjaya, maka hantar jela post lagi satu. Senang maklumkan sekali saiz untuk armsocks.Ha, saiz awak apa?


Sori lambat.Baru dapatkan info.ni ikut ukul lilit getah pada lengan tu ye.S=8',M=9',L=10', XL=11', XXL=11.5'. kalau nak selesa, biar muat2.klau y suka ketat sket pd bhgian lengan,ikut la. kalau ukur lilit lengan lebih kecil dr y saiz S, masih leh pkai dgn jhit sikit pd getah tu ikut saiz lengan. Begitullah cerita nya..

Wednesday, July 20, 2011

armsocks for SALE !! ~ ..sempena Ramadhan semakin hampir^_^..

Assalamualaikum to all readers.hu.Sebulan sekali je sempat update sekarang ni.huish.busy bukan main. Busy ke? Bukannya sebanyak kerja, sebanyak sumbangan, sebanyak urusan para pembesar mahupun para ulama' di serata negeri pun. Tapi diri sendiri rasa masa asyik tak cukup. Bahaya ni. Khuatir Allah tarik nikmat keberkatan masa. Para alim 'ulama tu tulis buku berpuluh2, beratus2, uruskan serata negeri, menyampaikan dakwah supaya Islam tertegak dan tertinggi di bumi Allah ni, banyak je masa nak bangun qiam dan beribadah jauh lebih banyak dari kita. haila..usaha2..Mujahadah lagi ye..
 
Ok, hari ni kita nak join venture ikut sunnah Rasulullah dalam mencari rezeki. Berniaga lah!!^_^
 
Just nak share kt aini.lupe nk maklumkn awal2 yang alang tengah jual armsocks dari kain tshirt cotton. Moto dia: Cantik, Selesa & paling pnting TUTUP aurat. BUKAN BUNGKUS aurat ye..
Macam2 pattern ada. Meh nak attach gambar banyak2 bagi tengok.. Sori gmbar xbpe nk canggih sbb pkai camera hp ja.
 
 
 



Senarai harga adalah seperti berikut:
Plain         : RM10/pcs (hitam,putih,kelabu,milan,pink pekat,coklat pekat,coklat cair,choco white)
Bercorak    : RM11/pcs (pink cair&putih,kelabu&putih,maroon&kelabu,dark choc&white&pink,pink &polkadot pink cair)
Cuff getah : RM12/pcs (putih,hitam,skin colour)
 
Memang best sebab dia ada saiz dr S,M,L,XL & XXL. Pertama di MALAYSIA tau ni.Takda tipu punye.Cuba la try gi cari. Harga diatas itu TERMASUK KOS PENGHANTARAN ye.

Jom galakkan sedara mara, adik beradik dan sepupu sepapat serta kengkawan y kita sayang utk tutup aurat dgn LEBIH SEMPURNA sempena Ramadhan y bakal tiba ni. Ooo,lupe, PROMOSI RAMADHAN!! adalah seperti berikut ye.

Plain         : RM10/pcs  (3pcs = RM25)
Bercorak    : RM11/pcs (3pcs = RM28)
Cuff getah : RM12/pcs (3pcs = RM30)

Jom mencari kesempurnaan dalam aqidah, ibadah & akhlaq kita sempena Ramadhan yang bakal tiba. Armsocks ni cuma salah satu jalan kita mencari kesempurnaan dalam menutup aurat. Ramdhan oh ramadhan..

p/s: siapa yang berminat, boleh hubungi alang di 0135055753 untuk tempahan ye^_^

~Manusia tidak akan pernah sempurna tetapi kita hidup untuk mencari kesempurnaan kerana Allah itu Maha Sempurna..& kita ingin menjadi hambaNya yang paaaaaling baik, sebaik mungkin yang kita mampu. Kurniakan lah kami kekuatan ya Allah..~
 

Tuesday, June 28, 2011

Saya saaaaayang awak!! Ep.2

Dah lama kan?

Tak kira lah beraaaaaapa pun lamanya, saya masih sayang kat awak.He.Saya doa supaya saya akan terus sayang awak. Iyalah. Sebab awak kawan saya, adik saya, kakak saya, saudara saya dan awak macam-macam la buat saya. Pandai kan orang dolu-dolu berpujangga. Katanya, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun tumpang wangi. Berkawan dengan penjual besi, tempias panas api besinya pun turut membakar kita. Eh, mesti lah saya suka berkawan dengan awak. Kan awak periang, positif dan selalu buat orang keliling awak senang. Bestkan camtu? Berfikiran terbuka lagi, menghormati ibu ayah  bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab yang diberi. Jadi saya pun rasa ter'positif' sama. Macam-macam benda kita borak sekali. Shopping, santai-santai tengok drama, jalan-jalan. Seronok betul kan?

Memang seronok. Tapi bila saya baca tafsir surah At-Tahrim hari tu, saya jadi serba salah. Serba salah kat awak. Tafsir tu tentang ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka”.
Macam mana? Saya seronok kawan dengan awak sampai saya tak teringat pasal ni. Bersungguh-sungguh je saya kata dalam hati yang saya nak sayang awak kerana Allah. Tapi betul ke? Bila awak buat salah pada saya, saya cepat terasa. Cepat je saya cari jalan supaya awak tahu. Sedangkan bila awak buat salah pada Allah, saya berat sangat untuk beritahu. Saya takut awak terasa. Tapi saya TERLUPA untuk takut azab Allah menimpa awak. Kalau betul saya sayang awak, kenapa saya tak beritahu? Sebenarnya saya tak tahu nak beritahu macam mana..



Sungguh saya tak tahu..



Sangat banyak kurangnya saya. Sangat banyak juga salah yang saya buat. Saya tengah cuba. Cuba untuk tidak ulang. Mungkin belum cukup saya mencuba kerana masih banyak dosa yang saya lakukan yang mungkin menjadi fitnah pada agama Islam yang mulia lagi cantik yang saya hidup di dalamnya ini.. tapi saya tak mahu jadikan itu alasan untuk saya tak beritahu awak apa yang patut saya beritahu. Sebab saya sayangkan awak.

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya beritahu yang tudung awak jarang, tak melepasi dada? Syariat Allah ada beritahu kita guideline nya tapi cara yang awak pakai masih tak memenuhi piawai. Saya tahu Allah marah kalau awak pakai macam tu. Tapi saya tak tahu nak beritahu macam mana..

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata baju dan seluar awak ketat dan menampakkan bentuk badan? Betapa saya tahu Allah murka tapi saya kadang-kadang buat tak endah untuk mengingatkan awak tentangnya..

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata kita patut bataskan hubungan dengan kawan-kawan lelaki? Mungkin awak kata saya agak kolot. Masalahnya adalah kita adalah jenis yang terbuka dan outspoken yang kadang-kadang menghilangkan malu pada pergaulan kita. Bertemu, berbual & bergurau pada yang tidak perlu. Rasanya selalu kita buat. Dan betapa sangat mudah untuk kita terjerumus pada dosa saat itu.

Kerana daripada Abi Mas’ud Uqbah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu” (hadith riwayat Al-Bukhari).

Dan pada hadith yang lain, Baginda bersabda “Iman itu mempunyai enam puluh lebih cabang, dan malu itu merupakan sebahagian daripada iman” (hadith riwayat Al-Bukhari). Andai berkurang malu kita, bagaimana iman kita ya? Sangat perlu saya berkata ini pada diri sendiri.

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata sepatutnya awak tak terima 'si dia' tu jadi kekasih awak kerana unsur-unsur couple ni mendekatkan pada zina? Dan saya sendiri tahu masakan awak mampu untuk menjaga diri dari zina hati dan zina mata walaupun bukanlah sehingga zina yang sebenarnya bila sudah terikat pada hubungan hati begitu. Saya takut awak marah tapi terlupa yang marahnya Allah jauh lebih menakutkan kerana saya patut takut kalau Dia marah pada awak..

Awak mungkin rasa saya sangat mudah melihat salah awak berbanding salah sendiri. Mungkin. Tapi saya harap saya tak sibuk mengira salah awak pada saya tapi sibuk mengira salah KITA pada Allah. Dan kalau saya tak beritahu awak, saya akan sentiasa rasa serba salah..sebab saya cuma menyelamatkan diri sendiri dari api neraka sedangkan say membiarkan awak terus dalam murkaNya..

Saya harap saya dapat beritahu awak semua ni. Tapi saya tak tahu bagaimana. Jadi saya tulis. Saya harap awak baca. Ya. Awak la. Sebab saya saaaaayang awak. Kerana Allah. Insyaallah. 

Baik-baik ya sayang..

p/s: Kalau awak tahu macam mana saya perlu beritahu awak semua ni, tolong  beritahu saya ya.

Tuesday, May 10, 2011

::It's just a beginning::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & selamat sejahtera ya!
(bukan main panjang salamnya.he.Tapi lagi panjang kita doakan orang, lagi banyak pahala kita dapat kan3?^^)

Hari ni hari last exam.Wa3, bukan main la seronoknya semua orang.Mana tak nye bila lepas ni cuti 4 bulan.Ha, cuti la sepuas2 nya. Bergebang sakan la..

But, to my surprise, I felt this is the first time that when I just finish my last paper and felt that, the real game is just about to begin. Kenapa kah?

Meh nak cerita. Hari ni alang ada interview. Apply untuk program pengantarabangsaan ke Germany this coming October. Al-kisahnya, tuan dan puan penemu duga tu mesti la tanya soalan kan (kalau tak, namanya bukan 'temu' & 'duga' = jumpa & uji ), dan antaranya adalah apa yang alang pernah sertai dan latar belakang aktiviti, akademik segala. Bila fikir-fikir, orang semua tengah sibuk nak berseronok sebab dah habis semester 4, alang pulak macam sibuk rancang untuk semester 5. Apakah? (Terasa diri tersangatlah membosankan..Cuti la dulu kalau tak ye pun kan?4 bulan lagi kowt..)

Tapi kan tapi..

Ni ada sedikit petikan dari hadith yang terkandung dalam The Life of This World Is a Transient Shade oleh Abdul Malik Al-Qasim (penangan baca Contengan Jalanan-Hlovate la ni),
"My similitude and that of the life of this world is that of a traveler who took a rest at mid-day under a shade of a tree and then left it." [Ahmad, at-Tirmidhi, Ibn Majah and al-Hakim ]

Nak mudahkan cerita, mana ada orang musafir, ataupun orang yang sedang dalam perjalanan on the way ke destinasi akhir duduk senang lenang tanpa berusaha mencapai matlamat selari dengan tujuan akhir dia kan?
Macam la kan, kita bagitahu mak kita yang kita nak balik rumah kat Bangi pukul 2 petang untuk bawa mak kita pergi kenduri. Tapi dah pukul 12, kita belum keluar rumah sewa di Seremban sambil masih mengadah drama korea "Dream High" sebab nak tengok Jin Gook tu (Tae Cyeon - 2PM) sampai episod last. Dah tu, keluar rumah, sempat lagi nak window shopping kat Alamanda dulu. Ha, kalau mak tahu, agak2 kena pelangkung tak? Benjol dah tiga tingkat kat kepala..(lalala~kenapa ayat cam pening..)

Sendiri pening sudah..Ala, yang penting, macam Nickelback ni cakap,
"Don't take free ride on your own life"


Let's live life to the fullest.
The fullest that would pleased HIM.
To HIM we return.

Jadi, jom kita rancang betul2 apa nak buat cuti ni. Bagi bermanfaat. Sebab belum tentu sempat hidup sampai bukak semester kan?Hm..

p/s: for those who have read Contengan Jalanan by Hlovate, these quote would sound familiar;
"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."

Saturday, April 30, 2011

Where were we?

Knowledge.Hikmah.
What we've been missing while running for A's in exam sheets. A's are good. But the essence -knowledge- is kind of missing there.Forgotten.
Now, it's time turn back to see the Middle age, or supposedly called the GOLDEN Age..Where we stood. In centre of knowledge climbs & inventions of great scholar. Ulama'. Knowledgable people.

Let's watch this!
and this,


~Ya Allah, guide us to you and to your knowledge that will lead us to remind you. And other people around to You..

Thursday, April 21, 2011

..

Palpitation.Again.
My senses are sensitized i see.
I need more strength my Lord.
Ya Allah.
I need everything so called calmness,serenity or tranquillity..
I need You. Ya Allah. Your guidance and bless.
More than ever.