Tak kira lah beraaaaaapa pun lamanya, saya masih sayang kat awak.He.Saya doa supaya saya akan terus sayang awak. Iyalah. Sebab awak kawan saya, adik saya, kakak saya, saudara saya dan awak macam-macam la buat saya. Pandai kan orang dolu-dolu berpujangga. Katanya, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun tumpang wangi. Berkawan dengan penjual besi, tempias panas api besinya pun turut membakar kita. Eh, mesti lah saya suka berkawan dengan awak. Kan awak periang, positif dan selalu buat orang keliling awak senang. Bestkan camtu? Berfikiran terbuka lagi, menghormati ibu ayah bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab yang diberi. Jadi saya pun rasa ter'positif' sama. Macam-macam benda kita borak sekali. Shopping, santai-santai tengok drama, jalan-jalan. Seronok betul kan?
Memang seronok. Tapi bila saya baca tafsir surah At-Tahrim hari tu, saya jadi serba salah. Serba salah kat awak. Tafsir tu tentang ayat 6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Macam mana? Saya seronok kawan dengan awak sampai saya tak teringat pasal ni. Bersungguh-sungguh je saya kata dalam hati yang saya nak sayang awak kerana Allah. Tapi betul ke? Bila awak buat salah pada saya, saya cepat terasa. Cepat je saya cari jalan supaya awak tahu. Sedangkan bila awak buat salah pada Allah, saya berat sangat untuk beritahu. Saya takut awak terasa. Tapi saya TERLUPA untuk takut azab Allah menimpa awak. Kalau betul saya sayang awak, kenapa saya tak beritahu? Sebenarnya saya tak tahu nak beritahu macam mana..
Sungguh saya tak tahu..
Sangat banyak kurangnya saya. Sangat banyak juga salah yang saya buat. Saya tengah cuba. Cuba untuk tidak ulang. Mungkin belum cukup saya mencuba kerana masih banyak dosa yang saya lakukan yang mungkin menjadi fitnah pada agama Islam yang mulia lagi cantik yang saya hidup di dalamnya ini.. tapi saya tak mahu jadikan itu alasan untuk saya tak beritahu awak apa yang patut saya beritahu. Sebab saya sayangkan awak.
Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya beritahu yang tudung awak jarang, tak melepasi dada? Syariat Allah ada beritahu kita guideline nya tapi cara yang awak pakai masih tak memenuhi piawai. Saya tahu Allah marah kalau awak pakai macam tu. Tapi saya tak tahu nak beritahu macam mana..
Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata baju dan seluar awak ketat dan menampakkan bentuk badan? Betapa saya tahu Allah murka tapi saya kadang-kadang buat tak endah untuk mengingatkan awak tentangnya..
Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata kita patut bataskan hubungan dengan kawan-kawan lelaki? Mungkin awak kata saya agak kolot. Masalahnya adalah kita adalah jenis yang terbuka dan outspoken yang kadang-kadang menghilangkan malu pada pergaulan kita. Bertemu, berbual & bergurau pada yang tidak perlu. Rasanya selalu kita buat. Dan betapa sangat mudah untuk kita terjerumus pada dosa saat itu.
Kerana daripada Abi Mas’ud Uqbah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu” (hadith riwayat Al-Bukhari).
Dan pada hadith yang lain, Baginda bersabda “Iman itu mempunyai enam puluh lebih cabang, dan malu itu merupakan sebahagian daripada iman” (hadith riwayat Al-Bukhari). Andai berkurang malu kita, bagaimana iman kita ya? Sangat perlu saya berkata ini pada diri sendiri.
Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata sepatutnya awak tak terima 'si dia' tu jadi kekasih awak kerana unsur-unsur couple ni mendekatkan pada zina? Dan saya sendiri tahu masakan awak mampu untuk menjaga diri dari zina hati dan zina mata walaupun bukanlah sehingga zina yang sebenarnya bila sudah terikat pada hubungan hati begitu. Saya takut awak marah tapi terlupa yang marahnya Allah jauh lebih menakutkan kerana saya patut takut kalau Dia marah pada awak..
Awak mungkin rasa saya sangat mudah melihat salah awak berbanding salah sendiri. Mungkin. Tapi saya harap saya tak sibuk mengira salah awak pada saya tapi sibuk mengira salah KITA pada Allah. Dan kalau saya tak beritahu awak, saya akan sentiasa rasa serba salah..sebab saya cuma menyelamatkan diri sendiri dari api neraka sedangkan say membiarkan awak terus dalam murkaNya..
Saya harap saya dapat beritahu awak semua ni. Tapi saya tak tahu bagaimana. Jadi saya tulis. Saya harap awak baca. Ya. Awak la. Sebab saya saaaaayang awak. Kerana Allah. Insyaallah.
Baik-baik ya sayang..
p/s: Kalau awak tahu macam mana saya perlu beritahu awak semua ni, tolong beritahu saya ya.
No comments:
Post a Comment