Hari ni sudah masuk raya ke-4.Rumah dah lengang dari pengunjung sebab semalam dah melimpah ruah dengan sanak saudara yang datang untuk hari keluarga Keturunan Jayo (Haji Yahaya,who is my grandfather on my mom’s line).Hari ni tengah sibuk menolong angah berkemas untuk pulang ke Bandung.Walaupun lg 3 mnggu mungkin pulang balik ke sini, luggagenya tetap 30 kilo.he.Sambil2 tu teringat pada bahulu opah yang dibuat di kampung ketika balik menjenguk opah di Bagan Datoh dalam 2 minggu yang lepas di bulan Ramadhan.
Wah,bukan main seronoknya alang nak menuntut buat bahulu dengan opah.Pandainye tentu bukan sekali buat.Tapi paling kurang kita kata,amik ilmu terus dari yang original.he.Mula pukul 9mlm.Habisnya?Fuh,2 pagi!!
Itulah orang kata kuih tradisi ni leceh.Dulu mak pernah tanya kat opah, “Ala,tak boleh blend je ke mak?” sebab buat bahulu tradisional kne mencepuk adunan tu berjam-jam dalam belanga tanah.Ni baru betul2 handmade.Opah,as expected menjawab “Tak mau die..” Dengan sabar opah terus mencampur adunan.4mangkuk gula,2mangkuk telur.Ha,mula mencepuk!!Alang la yang kena tuh.Penat memang penat.Tapi siap bahulu pertama,heaven tau!
Pastu pasal sarung ketupat pulak.Kami balik kampong sehari sebelum raya.Balik perak memang tak sah kalau tak buat ketupat pulut dengan lemang.Ayahku la punya kerja.Jadi disebabkan masa yang suntuk, maka sarung ketupat itu pun…bukan dibeli,tapi dianyam dalam kereta!Kalau lemang tu tentu2 la kne tunggu sampai kampong.Kata ayah, ikut tradisi ni memang makan masa,penat dan leceh.Memang boleh beli je sarung ketupat tu.Tapi tak sama rohnya dengan yang dibuat sendiri.Buakanlah ‘roh’ yang ROH tu tapi aura,feel nye.
Benda yang penat dan leceh itulah yang mentarbiyah diri tentang falsafah SABAR dan SYUKUR pada atuk nenek kita. Sabar bila pekerjaan itu merenyahkan,tapi kita tahu ia dapat membahagiakan ramai orang.Apa jadi kalau raya tak ada ketupat? Tak jadi apa2. Cuma kita tahu apa hasilnya bila anak muda lupa asal usul dan santun budayanya..Dan syukur, kita kurang menghargai benda yang kita mudah dapat. BIla susah2 anyam ketupat, nak potong tu pun saying.Nak buang apatah lagi.Elakkan membazir di bulan Syawal ni..
Dan lempeng pisang pulak, itu sarapan kami sekeluarga pagi tadi.Orang Kuala Pilah panggil Lempek Pisang.Sama je bendanya. Pisang lebih bawa dari perak kelmarin dah terlebih masak.Boleh je nak buat cekodok je.Tapi apa lebihnya lempeng pisang? Banyak kerjanya..Yang banyak kerjanya itulah yang lebihnya.kalau cekodok mak boleh buat sorang2 tapi bila buat lempeng pisang, ayah pergi cari daun pisang,lenyek pisang, mak parut kelapa dan bakar lempeng.Angah siap2 kan tempat makan dan alang tolong makan sekali..he.Bila tengok kat dapur, anak sepupu alang tengah main2 periuk dan lari2 kat dapur. Hm,seronokkan macam ni?Walaupun jarang berkumpul macam ni, tapi bila masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya, persaudaraan itu terjaga. Silaturrahim itu rasa mekar semula.Time,also depends on QUALITY, not just Quantity.
Kesimpulannya, bila melihat makanan dan juadah di hari raya ni,baaaanyak yang kita dapat belajar sebenarnya.Falsafah kehidupan.Macam orang kata, kalau tak dapat belajar di universiti tak apa, tapi jangan tak dapat belajar dari kehidupan. Ruginya manusia. Kerana Allah telah menunjekkan terlalu banyak tanda kekuasaanNya, Cuma kita yang selalu lalai dari mengambil pelajaran..
No comments:
Post a Comment