Wednesday, December 8, 2010

::Pelangi Mendung::

Mendung.Pagi tu sejuk.Langit pagi menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun.
Sama mendung dengan suasana isi rumah pagi ni.Hari itu alang kena bangun awal untuk hantar mak pergi kerja. Suasa masih sejuk. Alang dah terlambat.Mak dah siap tunggu.Hanya sempat sarung sweater dan tudung yang sedia tergantung di penyidai.Kunci kereta dicapai dan terus meluncur kereta di jalan raya membawa emak ke tempat kerja.

Alang tak suka suasana sunyi sangat.Awkward.So mula la berbasa basi Tanya mak macam2.Tak ingat dah tanya apa. Tapi alang tahu mak tengah susah hati.Well,maybe lots of things happen lately .I’m not really that “lovely,caring,and sweet” type. So,need extra effort to do such lovey dovey stuff. What I can do best is talk,talk, and make people smile and laugh with my words.Just to make people feel better.Jadi tu yang alang buat. Bunyi cam dah ok sikit la keadaan.

Tengah-tengah berbual apa entah,alang nampak pelangi.Besar.Cantik. “MAK, PELANGI MAK!!” Terlebih teruja sambil menunjuk kearah pelangi yang melintang jauh di jalan yang sedang kami lalui.Ada DUA pelangi tau.Macam dalam gambar NGEO kat atas tu la lebih kurang. Mak kata yang pudar sikit tu mungkin reflection pelangi yang sebenar.Perbualan seterusnya berputar sekitar pelangi yang ada. Caaaaannntikk sangat!! Tak reti nak cakap macam mana lagi. Tapi memang cantik lah.SUBHANALLAH. Kalau ciptaan Allah, (baru satu ni je) dah cantik macam tu sekali,apatah lagi SYURGA Allah ye??Hm..Kalau dah cantik sangatx8, mesti kena buat amal soleh baaaaaanyakx8 baru dapat masuk kan? Supaya Allah redha..
Pelangi tu mula kelihatan semakin dekat.Semakin besar.Kali ni rezeki untuk lihat PELANGI PENUH.Betul dari hujung ke hujung membentuk semi-bulatan. Rasa macam dalam fairytale ^^.Betapa cantiknya suasana pagi tu. Hujan rintik halus-halus turunnya dengan sinar matahari yang baru menjengahkan cahayanya..Dengan pelangi indah, everything is perfect!
Maha Pengasih dan Penyayang kan Allah? Langsung mood dan suasana jiwa pagi tu cerah seperti pelangi yang muncul. Tersenyum ^^.Kalau diingat kembali setiap detik susah dan resah yang menimpa diri kita, setiap kali itu juga lah kita akan menemui KEAJAIBAN. Kerana ketika itulah kita lebih menghargai, berbanding masa suka dan tawa yang kita lebih sukai..Mengajar kita lebih bersyukur..
Sebab tu alang pernah terfikir,
“I wonder if there are only 7 wonders in the World, because I tend to find one everyday^^”

1 comment:

  1. kita kena baaaanyak sabar,buat amal soleh,yang penting yakin pada Allah.Baru Allah tunjuk jln lbih dkt kpd Nya..Ada shbt y tnggu kita kt 'sana', jd kne la buat sngguh2 spya nnt dpt jmpe die lg.^^.

    ReplyDelete