Sunday, January 23, 2011

:: Buku Kira-Kira ::

Bila ditanya tentang ilmu,orang akan bertanya tentang sumbernya,
Bila ditanya tentang hidup,orang akan bertanya kisah perlanannya,
Bila ditanya tentang urusan agama, orang akan bertanya tentang dalilnya..
Kenapa bila ditanya tentang ilmu,tentang hidup,lalu diberi dalil,ramai yang menggaru kepala?
Apakah diasingkan agama dari keduanya?
Dalam Islam, ad-deen itu menceritakan semuanya, merangkumi segalanya dan tiada terpisah suatu pun daripada nya. Kerana Islam itu bersifat syumul, merangkumi setiap aspek kehidupan. Ceruk mana pun keadaan, moden mana pun pembangunan, Islam ada penyelesaian. Kalau ambil Islam suku2, alang tak kata, tapi Allah berfirman;
Maksudnya:
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan duniadan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab siksa yang amat pedih”.
(Al-Baqarah: 85)
Ni alang baca dari halaqahmuntijah.wordpress.com sebenarnya (sori la tak sempat nak betul-betul rujuk kitab Usul ‘Ishrin), katanya, “Adakah cukup dengan kita hanya mengakui tentang kesyumulan Islam tanpa beramal dengannya?”
Dan dalam ayat yang lain Allah juga berfirman,
“Dan hendaklah kamu memutuskan hukuman di antara mereka dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu”.
(Al-Maidah: 49)
Jadi kalau kita berhukum, menyandar suatu perkara solely kepada makhluk, nampak sangat la tak wajar kan. So, yang pertama sekali to take into consideration adalah, bukan apa yang kita suka, apa yang orang suka kita buat, tapi APA YANG ALLAH SUKA untuk kita lakukan.
Kalau kita asingkan jugak, ALLAH hanya pada urusan agama, atau yang lebih jelas bila Islam hanya pada ibadah khusus, that’s what we call ISLAM SEKULAR. Ideologi sekular yang bercucu cicit dari perang saraf golongan Yahudi & Nasrani untuk melemahkan aqidah umat Islam dengan mengasingkan agama dari aspek kehidupan yang lainnya . Agama hanya pada ritual2 tertentu gamaknya.

Kita pulak macam mana? 24 jam dalam sehari, adakah cuma total 1jam 30 min yang digunakan utuk solat fardhu itu sahaja tikanya kita bergelar Muslim? Dan urusan kehidupan yang lain adakah kita hanya berpaksi pada DUNIA semata? Adakah?  Nauzubillahiminzalik.
Sebab kalau cuma tak sampai 10% dari hidup seharian kita untuk Allah, tiket kemana yang kita tempah tu? Ke SYURGA atau NERAKA?
Alahai hidup..Sekarang dah jam 10.36 pm. Dah 22 jam 36 minit berlalu untuk hari ini. Apa isinya siang tadi? Apakah redha, atau murka Allah yang menyusul tiba??

Alang berpantun edisi malam;
Tinggi-tinggi buai melambung,
Tinggi lagi cita si anak,
Tinggi-tinggi dunia disanjung,
Tinggi lagi dosa mencanak.
Kira-kira berapa amal hari ni?
Kira-kira lebihkah dari dosa hari ni?
Kira-kira berapa baki buku kira-kira malan kita hari ni?
~Kira anak kambing melompat pagar sebelum tidur ..(kira zikir lagi bagus kan?)
 Sebab hari ni dalam hati ada taman, so kena muhasabah lebih sikit ye ^^ ..

Saturday, January 15, 2011

Cekodok labu : Improvised !! ^_^

Pagi yang indah lagi permai, alala..memangla.Daha kata pagi hujung minggu.Ahad. Sememangnya dah lama takda masa lapang macam ni pagi Ahad tanpa sebarang program dan perancangan.Paling-paling pun tengahari karang nak join konvoi kenduri abang kengkawan.
Jadi, kembali kepada cerita asal, cekodok labu. Tak tahu la kalau memang alang je yang baru kenal atau memang tak ramai orang biasa makan. Pertama kali makan cekodok labu, ayah yang buatkan tahun lepas. Ayah memang suka buat kuih-kuih kampong. Cekodok labu, cekodok kelapa, lempeng pisang.. Best kan ayah alang?he. Moral of the story, appreciate our parents ~
Sebenarnya dah 2minggu beli labu tu tapi rupa-rupanya bila cek, belum masak. Frust. Tunggu sampai hari ni baru isi die oren sikit. Tapi tak seoren labu yang bawak balik dari kampong hari tuh.So menu sarapan hari ni adalah cekodok labu!

Bahan-bahannya adalah:
1.       1 biji labu (yang direbus, tos & dilenyek)
2.       2 cawan tepung (tadi alang tak sukat pun sebenarnya)
3.       Sedikit garam & gula
4.       Air (sampai agak2 jd adunan cekodok la)
5.       3 sudu minyak zaitun (sebab tu je yang ada.minyak sawit kan susah nak jumpa sekarang ni)
6.       1 sudu yis kering
7.       Sedikit serbuk kayu manis (wangi^^)
Sebenarnya bahan no.5-7 tu main test2 je tadi. Sekari jadi pulak. Dah takut dah kot pelik sangat ke rasanye. Tapi hasilnya, cekodok berbentuk sfera (agak2 la.he) yang rangup diluar dan sangat lembut didalam. Haha.I like^^.Kalau buat cekodok labu sebelum ni, kurang tepung jd lembut tapi berminyak. Lebih tepung tak berminyak sangat tapi keras dan kurang rasa labu.& hasil eksperimen pagi ini menghasilkan cekodok labu yang rangup diluar, lembut didalam.hoho.Cam iklan la pulak.

Moral of the story yang kedua, labu and minyak zaitun is very good for health & jangan takut mencuba. Selamat beramal!!^^
p/s: boleh bagitau kat ayah la balik nanti^^

Friday, January 14, 2011

::Jiwa kacau lari trek::

Sebenarnya hari ni jiwa berserabut.Padahal dari semalam, gaya semuanya lancar.Dapat buat usrah sehabis baik untuk adik-adik,dapat jawab soalan tutorial pagi tadi, tudung ngan baju hari ni bergosok dan tak buat hal, jadi MC untuk RoW tengahari tadi dengan lancar walaupun bidan terjun je, jadi ketua biro akademik SOPHYS yang baru dengan ahli biro yang boleh masuk punye,perancangan biro yang lancar,best,menarik tertarik memang meletop la kot.Kepala yang rasa nak meletup..Ha,amek kau, panjang bebeno gamaknye list aktiviti..Dah rasa lancar dah.Tapi dalam hati hari ni ada perasaan yang aneh. Aneh bila rasa seronok, smooth je kerja, tapi deep inside macam ada something wrong somewhere somehow..Apa tu??
Mungkin sesuatu yang zahirnya terlihat baik tetapi apakah Allah menerima amalan tu? Bila syarat ibadah itu pada niat dan ikhlas kerana Allah..
Mungkin juga Allah nak uji apa yang alang cakap pada adik-adik dalam usrah semalam.Tentang niat. Sekali dengan demo kan lagu Itulah Sayang dari The Ramlees kat adik-adik tuh ;
Tanya sama hati apa asal sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga,Bulan dan bintangnya,
Punya tanda2 hubungan mesra.

Tanya sama hati apakah merindu,
Ingat masa lena apa mimpi mu,
Bila berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang..

Alang tanya secara rawak, “Ha,rasa2 lagu ni sesuai untuk siapa?”
Ada adik2 yang menjawab “untuk mak ayah pun boleh”.Ada jugak yang menjawab, “Kekasih”, “Sahabat” dan yang selebihnya cuma terkumat kamit tapi tak keluar patah jawapannya. Jadi alang pun cuba merumuskan,
“Ha,sebab lagu ni universal,bergantung pada siapa kita ingat bila kita dengar atau nyanyi lagu macam ni. Kalau ingatkan mamat hensem bilik lecture sebelah (lelaki ajnabi la tu kan), boleh jadi maksiat.Maksiat hati.Mana tak nya kalau dah layan jiwa-jiwa dan berbunga-bunga taman dalam hati tu. Tapi kalau kita tujukan kepada mak ayah kerana rindukan mereka, boleh jadi ibadah lagi kerana menyemai rasa kasih sayang kepada kedua ibu bapa kita..Dengan niat, sesuatu boleh jadi maksiat, boleh jadi ibadat.Yang penting, ibadat & maksiat tak mungkin bersatu dalam satu keadaan.”
Berdesir rasa dingin dalam hati saat menuturkan ingatan buat adik-adik tu semalam.Mungkin ni lah masalah yang bermasalah tu. NIAT. IKHLAS. Mungkin dalam hati ni, belum cukup dipaksikan niat segala amal perbuatan siang tadi kerana Allah. Walaupun sedar hari Jumaat, saat masa berlalu menjengah siang ke malam, tak mustahil niat yang mulanya kerana Allah sedikit demi sedikit terhakis dan diganti dengan cita-cita dan tujuan dunia semata. Macam plan nak naik utara sampai Penang, bila dah sampai Ipoh, tiba2 tukar fikiran nak ke Pahang. Kan masalah tu.Sebab amalan itu tak tersampai pada tujuan. Kalau tujuan kerana Allah, ganjarannya dan redha nya disisi Allah. Kalau dah tersasar pada tujuan dunia semata, dapat apa? Dunia belum tentu dapat, tapi akhirat dah melepas..
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Menurut syarah hadith ini oleh dr. Mustafa Al-bugha dan Muhyiddin Misto yang dibaca dari Halaqah Online, Imam Abu Daud berkata: “Sesungguhnya hadith ini iaitu hadith bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat”
Mungkin dah biasa sangat dengar hadith ni tapi urusan niat ni perkara sehari-hari.Sering sangat berbolak balik dan berubah-ubah kerana ia sesuatu yang ghaib dan tidak terlihat oleh orang lain.Cuba kalau tiap apa yang kita niatkan tu keluar macam text besar-besar atas kepala kita, rasanya confirm semua orang akan berusaha sedaya upaya bagi niat tu terarah kepada jalan yang baik.
Adoyai la..
Wahai esok, lebih baik kah kamu dari hari ini? Sebab kalau tidak, sungguh-sungguh aku orang yang rugi. Sangat-sangat ruginya. Berusaha untuk menjadi muslim sepenuh masa.FULL TIME MUSLIM. 24 jam, ditolak masa solat, doa dan munajat, yang selebihnya apakah ibadat atau maksiat??
Kerana hanya pada Allah kita mampu meminta, jadi mintalah untuk ditetapkan istiqamah pada jalan yang Dia redhai
~Allahu a’lam:Allah knows~

Monday, January 10, 2011

(11/1/11):Tarikh BEST!!

Alahai, esok dah 11.1.11.Cantik kan tarikh?

Ada la alang tanya kengkawan terdekat,
"Tarikh esok best la.Jom buat Menda2 yang best jom!Ada tak?"
Ada la pulak yang berseloroh dengan selamba berkata,"Nak kahwin la esok!Leh?"

Nak angkat kening sebelah can Ziana Zain kat dia, tak reti. So buat muka pending jela..Loading..Then gelak sama2.heh.Kalau iya pun nak buat sesuatu yang diingati esok, takda la sampai tak kena hujung pangkal, nak kahwin. Ingat macam main masak2 apa?heh.Biasa la orang belum kahwin, perkara yang dirasakan paling istimewa mesti la kahwin kan?Cuba try tanya soalan yang sama pada orang yang dah kahwin.Kalau bagi jawapan "kahwin" jugak, mau ada yang kena penangan tarik muncung sejengkal isteri plus bonus tidur luar seminggu.(kalau kena yang type2 berkenaan la..)

Eh,apa cer la pulak kahwin2 nih? Lari trek da..

Nak cerita tentang kenangan manis sebenarnya..Sweet moments~Biasanya yang sweet2 ni sinonim dengan perempuan sebab fitrahnya halus, santun, lembut, bla.bla.bla..dan sebagainya.Tapi  kan, bila ingat-ingat balik, selalunya kalau kita habiskan masa sesama girlfriends, selalu dengan perkara biasa. Shopping, yela,kan shopping tu terapi.Tapi jangan membazir ya.Allah tak suka. Makan sama-sama.. Jarang-jarang buat benda-benda yang impulsive sikit, yang pelik-pelik.

Tapi yang jarang-jarang tu yang mahal^^

Contoh, kek hari jadi jeli pandan yang dibuat sendiri sampai tumpang rumah sewa kawan ngan peti ais koperasi sebab nak celebrate birthday.hu.Terharu abes!

Ada tengah duduk-duduk gap 8 hari waktu final exam nak pergi ziarah sahabat di Perlis.Decide pagi, tengah hari terus siap nak keluar.Naik bas loncat segala.Jauh perjalanan..Padahal satu malam je pun perginya.

Masa sekali buat usrah di Taman Tasik Titiwangsa sambil menikmati keindahan alam pulak, tiba2 ditegur 2 orang pak guard yang penuh bergaya menaiki kuda hitam.Canggih! Entah apa la yang salah nya kami duduk situ..Alhamdulillah tegurannya berhikmah..

Macam-macam ada. Tapi dah lama tak rasa macam tu..



Ukhuwwah tu kan manis.Lagi manis dari gula.Kerana sayang.Sayang kerana Allah.Dan moga Allah kurniakan rasa manisnya iman dengan manisnya ukhuwwah ini.Akan tetap terasa manisnya meski pun tidak bersama^^~

Dipetik dari sepotong hadis yang dibaca dari buku Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta’alim,
Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para Anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah.”
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.
Demi Allah muka mereka adalah ‘cahaya’ dan mereka adalah di atas ‘cahaya’. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.”
Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.” (Yunus:62) (Hadith Riwayat Ahmad)

Hm..nak merancang kenangan manis untuk hari esok lah^^.da~

Saturday, January 8, 2011

Yang telah pergi~

Selaut kasih seluas ingatan,
Buat sahabat yang telah pergi,
Moga aku tetap kuat pada jalan ini,
Jalan yang telang engkau lalui dulu,
Dan jalan yang engkau tetap bersama saat kau pergi..

Saat terkilas masa lalu,
Saat hati meronta rindu,
Ku harap ingatan ini menjadi ingatan bagiku,
Agar tetap bersama Allah Yang Satu,
Yang tiap ingatan ku pada mu,
Menjadi zikir padaNya pengubat rindu ku..

Kelak kekuatan ku, langkah ku,
Ku harap tetap Allah bersama..

Lirik setanding The Rest Of My Life, Maher Zain..