Wednesday, March 30, 2011

Left out!

Hm,baru je habis quiz subjek chemo..Ni dah quiz ke-3 senye tp still markah just lepas sikit dari nak fail..Test jangan kata la.Kenapa teruk sangat performance sem ni ni???Left out teruk sangat dah..
I wonder,wonder and wonder.

Tapi kalau setakat wondering, wandering, memanjang jela tak setel2 masalah..
Selalu je rasa duit short, masa tak pernah nak cukup, kerja tak siap-siap. Kan masalah tu? Tapi kan,semalam ustaz kata, Allah bagi kafarah dosa kita kat dunia mungkin dengan cara2 timbulnya halangan dan kesusahan dalam hidup kita..cam duit cepat habis,lambat jodoh,susah nak dapat kerja ke..

Haila,kalau kat dunia dapat kafarah dosa boleh setel akhirat tak kena satu hal jugak.Tapi kita tak tau dosa kita banyak mana. Setakat mana baru yang terhapus atas dunia. Tapi kita susah betul nak nampak dosa yang kita sendiri buat.Yang kita nampak adalah dosa yang orang lain buat. Sibuk la nak tegur orang, buat kerja dakwah. Ha, diri sendiri?? Cik alang, muhasabah la diri sendiri tu ya..

Eh,tapi bukan kata kalau kita buat dosa, kita tak buat kerja dakwah, ajak orang buat baik, cegah orang dari buat apa yang Allah murka. Sebab kan dakwah tu pun satu tuntutan . Sama cam solat la kan. Kalau tinggal tuntutan kerana merasa diri banyak dosa, bertambah la dosa kita. Hu..tak mau,tak mau.

Jadi, kena jauh-jauh jauhkan diri dari dosa, dari perkara yang Allah murka, barulah Allah tolong kita kan?kan3?

Kena baca balik la buku Ibnu Qayyim ,"Kesan Dosa Dalam Hidup" la camni ..

Satu langkah dosa = -1
Satu langkah pahala = +1
Tapi jawapan dia bukan 0 sebab dosa akan bawak banyak minus point yang tak kelihatan..
RISAU.
Berapa banyak dah negative value dalam poket kita??

1 comment:

  1. uwaa....berapa banyak da negative value???
    tak pe la, kena usha lagi!

    ReplyDelete