Went to SAMTTAR this morning.
Pelajar lalu lalang dengan bju kurung bercekak tangan bertudung labuh. Yang lelaki dengan baju kemeja lengan panjang berseluar hitam siap bersongkok semua. Zanji dan marhaban kedengaran di mana-mana. Pelajar sedang berlatih untuk mewakili kawasan bagi persembahan program KAMIL. Bayu dengan haruman tarbiyah menyapa. Rindu. Rindu saat jiwa segar dan bersemangat dengan tarbiyah islami.
Cahaya tarbiyah terang yang menyilaukan hati-hati yang sedang ditarbiyah. Mungkin merasa silau dan tidak senang saat cahaya itu tiba dan sentiasa di situ. Tapi membawa rasa rindu dan kehilangan saat hilangnya. Walaupun cuma sekadar bertegur sapa dengan ustazah di laluan koridor, atau menjenguk bilik kaunseling untuk mencari cikgu bertugas. Tetap berbeza. Berbeza ruhiyyah nya. Kalau dulu alang selalu rasa bersyukur pernah ditempatkan di sekolah menengah aliran kebangsaan yang membuka mata alang terhadap realiti. Pagi tadi, tiba-tiba hati menjadi rindu dengan tarbiyah yang pernah dijalani selama 8 tahun di Al-Amin..
Ni bukan gambar alang.Tapi lebih kurang la camni rupanye dulu..
Muallim yang mengajar erti hidup dan survival, muallimah yang menyemai benih sayangnya dengan ilmu yang berguna di dada. Teringat pernah sekali di darjah 4, 4 Hidayah. Kanak-kanak kan. Dengan sedikit tekanan dari budak kelas yang tak senang dengan alang menjadi penolong ketua darjah, alang jumpa Muallim Zul (cikgu kelas) mintak berenti dari pegang posisi tu. Nangis. Malu je. Budak-budak memang selalu nak disukai kawan-kawan. Bila gaduh, mula la macam-macam. Senang cerita, alang dah malas nak gaduh. Jadi berhenti jela.Senang.
Tapi muallim kata, “Jangan dengar apa orang kata. Kalau ada yang cakap macam-macam lagi, bagitahu je pada Muallim. Cakap je Muallim yang nak Pe’ah jadi penolong kelas.” Hu.Sedih sebab tak dapat berhenti. Tapi memang tak berhenti. Muallim ajar supaya TIDAK BERHENTI. Tidak berhenti bila orang nak kita berhenti. Tapi berhenti hanya bila Allah nak kita berhenti. Bila tugas itu lebih sesuai disandang orang lain. Kerana tugas itu amanah. Dan amanah tidak akan dilepaskan begitu sahaja hanya kerana tunduk kepada kata-kata manusia dan suara yang tidak senang dengan kita. Yang penting, tunduk pada Allah saat senang dan susah memegang amanah tersebut.Atau saat amanah itu harus dilepaskan. Macam dalam novel Hilal Asyraf, V.T- “Posisi bukan POSESI”..
Hasbiyallahu wa ni’mal wakil, fa ni’mal maula wa ni’man nasir ~
Hanya Allah sebaik-baik pembela dan tempat kembali. Dimana juga kaki berdiri, hati berdetik, masa belum terhenti, hanya Allah lebih tahu dimana dan kemana yang terbaik untuk diri.
Moga Allah pelihara hati-hati ini, dan IMAN yang ada bersamanya..
(moga benar saja IMAN itu ada bersamanya)
No comments:
Post a Comment