Wednesday, December 15, 2010

Blouse For SALE!!! ~ berniaga tu kan sunnah?^.^

Here are some new stock i got from Bandung last month. Rambang mata masa tengok baju.Alang cuma jual baju yang alang mmg rasa selesa dipakai. Baik kain atau pattern dia. Sila la ye tengok2.Cuci2 mata ^.^
Test market je pun..Sape yang nak tengok sndiri, tnggu masuk kampus ye^^
Size: L
Price:RM50
Brand: Le Couture
Description:: 100%Cotton,White with black and grey stripe lining,6 front buttons,skirt-like end,button-front closure, long sleeves with three-button closure cuffs

Size: M
Price:RM50
Brand: Belini
Description:: 100%Cotton,light maroon,button-front closure, long sleeves with one-button closure cuffs,  with side slits.
Size: L
Price:RM55
Brand: Le Couture
Description:: 100%Cotton,white-pale dark green stripes ,button-front closure, long sleeves with one-button closure cuffs,  with side slits, 2 front pocket.
Size: M
Price:RM50
Brand: Su-Fi
Description:: 100%Cotton,black and white ckecked cloth patter,button-front closure, long sleeves with one-button closure cuffs.

So,siapa y berminat boleh hubungi alang di 0135055753 untuk pertanyaan dan check stock availability . Sertakan bersama nama & alamat untuk penghantaran.Penghantaran hanya akan dibuat selepas pembayaran dibuat.

Tuesday, December 14, 2010

Cerita Tentang Wali

Dah lama buku tu tersimpan dalam rak kaca di ruang bacaan.Entah dah ke berapa kali buku itu sekadar dilihat.Terlintas untuk dibaca tapi entah.Sekadar lalu. Pagi tadi lepas selamat hantar Along ke airport untuk balik ke Bandung, akhirnya alang sempat membelek beberapa halaman. Langsung melekat habis dari mukaddimah hingga selesai bab pertama. Apa perkataan tu? Tak jumpa perkataan yang sesuai la untuk gambarkan rasa tu.Menarik?Takjub?Macam pelik je.Tapi yang nak kata nya,bacaan tu penuh ilmu,rasa dan tarikan.Macam novel, tapi lebih bermakna sebab kisahnya pada perjuangan para ulama’ dalam menyampaikan Islam.
Sebenarnya tengah bercerita tentang WALI SONGO ni. Bukan Wali Band ye. Dari buku “Perjuangan Wali Songo Dalam Dakwah Islam”. Rasa rugi kalau tak kongsi sebab buku tu buat alang rasa “em..sedap..” (sambil mengunyah jambu madu dan pelam muda yang dicicah kuah rojak..wawawa..memang sedap.).
Mungkin citarasa bacaan berbeza tapi takkan pernah berbeza pada perlunya kita mengenali para ulama’ yang memperjuangkan penyebaran aqidah Islam di tanah Nusantara ni sehingga kita mampu mengecap nikmat lahir sebagai seorang Muslim. Agar kita bisa bersyukur pada penat jerih, ancaman dan tumpah darah mereka, kita tidak dengan mudah memperkotak katik, menjual dan mempersiakan aqidah Islam kita pada hari ini dan usaha para ulama’ dan wali Allah.
Kalau dulu, mendengar nama Wali Songo, (rasanya pertama kali dulu masa menonton cerita pasal Wali Songo kat TV masa kecik2) alang cuma membayangkan kisah 9 orang ulama’ yang menyebarkan Islam di kepulauan Jawa yang penuh keajaiban dan kisah-kisah aneh. Seronok,macam cerita lagenda. Tetapi tertinggal hikmah terbesar dari kisah wali-wali ini dan penerus perjuangan mereka. Dalam indah dan lembutnya cara mereka menyebarkan dakwah seperti Datuk Bantal dan Raden Rahmat, pada semangat juang meluruskan aqidah masyarakat yang terpesong seperti Sunan Kalijaga, dan tegarnya melawan musuh-musuh yang cuba menjatuhkan Islam baik secara fizikal atau dengan ideologi yang menyesatkan.
Seperti kata penulis buku ni, walaupun kisah Wali songo ni penuh kontroversi, tetapi kisah itu sendiri cukup menarik dan memikat hati.Alang sebut sikit je la pada siapa yang umumnya dianggap Sunan (Sunan tu maksudnya ‘Yang Dijunjung Tinggi’ atau ikutan masyarakat setempat) atau Wali Songo di Tanah Jawa:
1.    Syeikh Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik
2.    Raden Rahmat atau Sunan Ampel
3.    Raden Paku atau Sunan Giri
4.    Raden Makdum Ibrahim atau Sunan Bonang
5.    Raden Qosim atau Sunan Drajad
6.    Raden Said atau Sunan Kalijaga
7.    Raden Umar Said atau Sunan Muria
8.    Jaafar Sodiq atau Sunan Kudus
9.    Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunungjati
Islam yang disebarkan oleh Wali Songo adalah berdasar Ahli Sunnah Waljama’ah dan mereka berpegang dengan salah satu dari empat mazhab fiqh khususnya mazhab Imam Syafi’e. Para wali ini menyampaikan Islam dan menanamkan Iman dalam jiwa masyarakat yang umumnya ketika itu beragama Hindu dan Budha pada ketika itu begitu lembut dengan pendirian ‘mendapatkan ikan tanpa mengeruhkan airnya’.
Alahai betapa banyaknya ilmu dakwah yang kita terlepas pandang padahal kisahnya cuma di seberang.Apalah yang ditelagah kita tentang isu diplomasi dan politik dua negara (Malaysia & Indonesia) sedangkan kita berkongsi persamaan yang sangat banyak dan besar nilainya terutama pada aqidah Islam yang kita anuti bersama. Sejarah kita kalau dihayati, lebih banyak kata ‘persaudaraan’ berbanding ‘permusuhan’.Agenda Yahudi dan musuh Islam yang mahu kita berpecah.
Bak kata vokalis kumpulan Padi dari seberang yang menyanyikan lagu tema Upin Ipin bertajuk ‘Sahabat’ tu, “Biar anak-anak kita tahu yang kita sentiasa bersahabat (Malaysia & Indonesia)”..
p/s: Kalau nak cari, dalam internet banyak.Kalau buku yang alang baca ni tajuknya “Perjuangan Wali Songo Dalam Dakwah Islam”tulisan MB.Rahimsyah AR. Terbitan Pustaka Syuhada Kuala Lumpur dengan izin khas dari Penerbit Indah,Surabaya Indonesia.

Padi - Sahabat Selamanya

Sunday, December 12, 2010

Penatnya..T_T

Lub Dup,Lub Dup,Lub Dup.

Bunyi apa tuh?Ada orang kata,tu la bunyi jantung kita.Cuba gi try dengar.Ha,sme kan?Kan3? Kalo tak sama pun takpe.Teori je tu.Tapi pagi bunyi jantung cam bunyi orang press motor.Huh.Hyperbola.Biasala,result nak keluar.Tiap2 semester selama 4 tahun setengah dah sekarang mengalami simptom yang sama semenjak diploma. Bila nak quiz,test, final exam, bunyi dia lagi dahsyat.

Kenapa kah? Sebenarnya penat tau macam ni.Tak penat ke? Penat la..Ingat tak dulu masa sekolah,periksa,periksa dan periksa.Dari UPSR sampai SPM.Ops2..Jap,ni bukan edisi nak condemn sistem peperiksaan dalam pendidikan Malaysia ya.Bukan post ni.Post lain la kot.Kena fikir dulu.he.Yang nak cerita nye kat sini, kalau nak ikut2 kan,hidup ni memang penat. Kalau nak kira penat la kan.Bosannya periksa,Penatnya belajar.Malasnya nak kerja…lalala..dan lain2 lagi..(bunyi cam sangat demotivated tak?he.)


Itu apa yang alang rasa bila kita tak letak mindset dan target yang betul.Cam yang orang selalu kata, macam main bola sepak takda tiang gol (kalau nak loya buruk sikit,orang kata main bola takda tiang gol takpe.Main timbang2 bola je la..).Kita tukar perumpamaan la gitu. Pertandingan larian yang takda garisan penamat.Ha,camne? Belum lari lagi dah penat.Penat nak fikir yang, “Aku nak lari sampai mana nanti..Penatla..”

Sama dalam kehidupan kita.Sebab tu Allah tulis siap2 dalam manual kita, Apa tujuan kita diciptakan, ganjaran bila melakukan sesuatu perbuatan…

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (Adz-Dzariyat: 56)
Juga dari sepotong hadith yang alang baca dari laman-seri.blogspot,
DARI Abi Hurairah (ra.) katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Allah SWT telah menyediakan untuk hamba-nya yang soleh itu nikmat yang tidak pernah dilihat, didengar dan tidak pernah terlintas di hati, bacalah kiranya firman-Nya bermaksud: maka setiap orang itu tidak mengetahui apa yang disimpankan untuk mereka dari (segala jenis nikmat) yang indah dipandang lagi menggembirakan sebagai balasan bagi amal yang mereka kerjakan (surah as-sajadah ayat 17)."
(Hadis Riwayat Bukhari).
Membuatkan kita ingin berlumba2 menjadi hambaNYa yang soleh. Apa kriteria amal soleh tu? Tepuk dada, tanya iman, jangan tanya nafsu. Tanya iman kalau apa yang terdedik dalam hati kita, apa yang kita lakukan, apa yang kita kata , apakah Allah redha?? Dan ,
“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya neraka itulah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, dan menahan diri dan keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itulah tempat tinggalnya.”(Surah An-Nazi’at: ayat 37-41)
Membuat alang berkira-kira, dalam golongan manakah letaknya diri ni..Sesungguhnya neraka itu tersangatlah azab nya.Tiada mampu untuk lidah berkata mampu untuk menahad biarpun hanya tempias azab siksa api neraka..Na’uzubillahiminzalik..
Bila dah tahu kemana tujuan kita, jalan mana yang harus kita pilih, biarpun hati, akal, jasad mengeluh PENAT, akhirnya kita tetap teruskan hidup ini pada jalanNya kerana kita tahu kemana AKHIR jalan ini dituju.Kemana jalan ini akan membawa kita..
Untuk awak yang membaca, jalan awak kemana?
Kuatlah wahai hati, sesungguhnya janji Tuhan itu pasti.Biarpun tersadung kaki, teruslah melangkah lagi..
Ada teman mu yang sudah pun tersenyum menanti di ‘sana’..Bukankah kamu sangat ingin bertemunya semula? Ukhwah kerana Allah bukan kerana dunia hendaknya..
Agar bisa aku meraih cinta Allah dalam setiap langkah dan segenap rasa..

Wednesday, December 8, 2010

::Pelangi Mendung::

Mendung.Pagi tu sejuk.Langit pagi menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun.
Sama mendung dengan suasana isi rumah pagi ni.Hari itu alang kena bangun awal untuk hantar mak pergi kerja. Suasa masih sejuk. Alang dah terlambat.Mak dah siap tunggu.Hanya sempat sarung sweater dan tudung yang sedia tergantung di penyidai.Kunci kereta dicapai dan terus meluncur kereta di jalan raya membawa emak ke tempat kerja.

Alang tak suka suasana sunyi sangat.Awkward.So mula la berbasa basi Tanya mak macam2.Tak ingat dah tanya apa. Tapi alang tahu mak tengah susah hati.Well,maybe lots of things happen lately .I’m not really that “lovely,caring,and sweet” type. So,need extra effort to do such lovey dovey stuff. What I can do best is talk,talk, and make people smile and laugh with my words.Just to make people feel better.Jadi tu yang alang buat. Bunyi cam dah ok sikit la keadaan.

Tengah-tengah berbual apa entah,alang nampak pelangi.Besar.Cantik. “MAK, PELANGI MAK!!” Terlebih teruja sambil menunjuk kearah pelangi yang melintang jauh di jalan yang sedang kami lalui.Ada DUA pelangi tau.Macam dalam gambar NGEO kat atas tu la lebih kurang. Mak kata yang pudar sikit tu mungkin reflection pelangi yang sebenar.Perbualan seterusnya berputar sekitar pelangi yang ada. Caaaaannntikk sangat!! Tak reti nak cakap macam mana lagi. Tapi memang cantik lah.SUBHANALLAH. Kalau ciptaan Allah, (baru satu ni je) dah cantik macam tu sekali,apatah lagi SYURGA Allah ye??Hm..Kalau dah cantik sangatx8, mesti kena buat amal soleh baaaaaanyakx8 baru dapat masuk kan? Supaya Allah redha..
Pelangi tu mula kelihatan semakin dekat.Semakin besar.Kali ni rezeki untuk lihat PELANGI PENUH.Betul dari hujung ke hujung membentuk semi-bulatan. Rasa macam dalam fairytale ^^.Betapa cantiknya suasana pagi tu. Hujan rintik halus-halus turunnya dengan sinar matahari yang baru menjengahkan cahayanya..Dengan pelangi indah, everything is perfect!
Maha Pengasih dan Penyayang kan Allah? Langsung mood dan suasana jiwa pagi tu cerah seperti pelangi yang muncul. Tersenyum ^^.Kalau diingat kembali setiap detik susah dan resah yang menimpa diri kita, setiap kali itu juga lah kita akan menemui KEAJAIBAN. Kerana ketika itulah kita lebih menghargai, berbanding masa suka dan tawa yang kita lebih sukai..Mengajar kita lebih bersyukur..
Sebab tu alang pernah terfikir,
“I wonder if there are only 7 wonders in the World, because I tend to find one everyday^^”