Tuesday, June 28, 2011

Saya saaaaayang awak!! Ep.2

Dah lama kan?

Tak kira lah beraaaaaapa pun lamanya, saya masih sayang kat awak.He.Saya doa supaya saya akan terus sayang awak. Iyalah. Sebab awak kawan saya, adik saya, kakak saya, saudara saya dan awak macam-macam la buat saya. Pandai kan orang dolu-dolu berpujangga. Katanya, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun tumpang wangi. Berkawan dengan penjual besi, tempias panas api besinya pun turut membakar kita. Eh, mesti lah saya suka berkawan dengan awak. Kan awak periang, positif dan selalu buat orang keliling awak senang. Bestkan camtu? Berfikiran terbuka lagi, menghormati ibu ayah  bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab yang diberi. Jadi saya pun rasa ter'positif' sama. Macam-macam benda kita borak sekali. Shopping, santai-santai tengok drama, jalan-jalan. Seronok betul kan?

Memang seronok. Tapi bila saya baca tafsir surah At-Tahrim hari tu, saya jadi serba salah. Serba salah kat awak. Tafsir tu tentang ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka”.
Macam mana? Saya seronok kawan dengan awak sampai saya tak teringat pasal ni. Bersungguh-sungguh je saya kata dalam hati yang saya nak sayang awak kerana Allah. Tapi betul ke? Bila awak buat salah pada saya, saya cepat terasa. Cepat je saya cari jalan supaya awak tahu. Sedangkan bila awak buat salah pada Allah, saya berat sangat untuk beritahu. Saya takut awak terasa. Tapi saya TERLUPA untuk takut azab Allah menimpa awak. Kalau betul saya sayang awak, kenapa saya tak beritahu? Sebenarnya saya tak tahu nak beritahu macam mana..



Sungguh saya tak tahu..



Sangat banyak kurangnya saya. Sangat banyak juga salah yang saya buat. Saya tengah cuba. Cuba untuk tidak ulang. Mungkin belum cukup saya mencuba kerana masih banyak dosa yang saya lakukan yang mungkin menjadi fitnah pada agama Islam yang mulia lagi cantik yang saya hidup di dalamnya ini.. tapi saya tak mahu jadikan itu alasan untuk saya tak beritahu awak apa yang patut saya beritahu. Sebab saya sayangkan awak.

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya beritahu yang tudung awak jarang, tak melepasi dada? Syariat Allah ada beritahu kita guideline nya tapi cara yang awak pakai masih tak memenuhi piawai. Saya tahu Allah marah kalau awak pakai macam tu. Tapi saya tak tahu nak beritahu macam mana..

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata baju dan seluar awak ketat dan menampakkan bentuk badan? Betapa saya tahu Allah murka tapi saya kadang-kadang buat tak endah untuk mengingatkan awak tentangnya..

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata kita patut bataskan hubungan dengan kawan-kawan lelaki? Mungkin awak kata saya agak kolot. Masalahnya adalah kita adalah jenis yang terbuka dan outspoken yang kadang-kadang menghilangkan malu pada pergaulan kita. Bertemu, berbual & bergurau pada yang tidak perlu. Rasanya selalu kita buat. Dan betapa sangat mudah untuk kita terjerumus pada dosa saat itu.

Kerana daripada Abi Mas’ud Uqbah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu” (hadith riwayat Al-Bukhari).

Dan pada hadith yang lain, Baginda bersabda “Iman itu mempunyai enam puluh lebih cabang, dan malu itu merupakan sebahagian daripada iman” (hadith riwayat Al-Bukhari). Andai berkurang malu kita, bagaimana iman kita ya? Sangat perlu saya berkata ini pada diri sendiri.

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata sepatutnya awak tak terima 'si dia' tu jadi kekasih awak kerana unsur-unsur couple ni mendekatkan pada zina? Dan saya sendiri tahu masakan awak mampu untuk menjaga diri dari zina hati dan zina mata walaupun bukanlah sehingga zina yang sebenarnya bila sudah terikat pada hubungan hati begitu. Saya takut awak marah tapi terlupa yang marahnya Allah jauh lebih menakutkan kerana saya patut takut kalau Dia marah pada awak..

Awak mungkin rasa saya sangat mudah melihat salah awak berbanding salah sendiri. Mungkin. Tapi saya harap saya tak sibuk mengira salah awak pada saya tapi sibuk mengira salah KITA pada Allah. Dan kalau saya tak beritahu awak, saya akan sentiasa rasa serba salah..sebab saya cuma menyelamatkan diri sendiri dari api neraka sedangkan say membiarkan awak terus dalam murkaNya..

Saya harap saya dapat beritahu awak semua ni. Tapi saya tak tahu bagaimana. Jadi saya tulis. Saya harap awak baca. Ya. Awak la. Sebab saya saaaaayang awak. Kerana Allah. Insyaallah. 

Baik-baik ya sayang..

p/s: Kalau awak tahu macam mana saya perlu beritahu awak semua ni, tolong  beritahu saya ya.

Tuesday, May 10, 2011

::It's just a beginning::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & selamat sejahtera ya!
(bukan main panjang salamnya.he.Tapi lagi panjang kita doakan orang, lagi banyak pahala kita dapat kan3?^^)

Hari ni hari last exam.Wa3, bukan main la seronoknya semua orang.Mana tak nye bila lepas ni cuti 4 bulan.Ha, cuti la sepuas2 nya. Bergebang sakan la..

But, to my surprise, I felt this is the first time that when I just finish my last paper and felt that, the real game is just about to begin. Kenapa kah?

Meh nak cerita. Hari ni alang ada interview. Apply untuk program pengantarabangsaan ke Germany this coming October. Al-kisahnya, tuan dan puan penemu duga tu mesti la tanya soalan kan (kalau tak, namanya bukan 'temu' & 'duga' = jumpa & uji ), dan antaranya adalah apa yang alang pernah sertai dan latar belakang aktiviti, akademik segala. Bila fikir-fikir, orang semua tengah sibuk nak berseronok sebab dah habis semester 4, alang pulak macam sibuk rancang untuk semester 5. Apakah? (Terasa diri tersangatlah membosankan..Cuti la dulu kalau tak ye pun kan?4 bulan lagi kowt..)

Tapi kan tapi..

Ni ada sedikit petikan dari hadith yang terkandung dalam The Life of This World Is a Transient Shade oleh Abdul Malik Al-Qasim (penangan baca Contengan Jalanan-Hlovate la ni),
"My similitude and that of the life of this world is that of a traveler who took a rest at mid-day under a shade of a tree and then left it." [Ahmad, at-Tirmidhi, Ibn Majah and al-Hakim ]

Nak mudahkan cerita, mana ada orang musafir, ataupun orang yang sedang dalam perjalanan on the way ke destinasi akhir duduk senang lenang tanpa berusaha mencapai matlamat selari dengan tujuan akhir dia kan?
Macam la kan, kita bagitahu mak kita yang kita nak balik rumah kat Bangi pukul 2 petang untuk bawa mak kita pergi kenduri. Tapi dah pukul 12, kita belum keluar rumah sewa di Seremban sambil masih mengadah drama korea "Dream High" sebab nak tengok Jin Gook tu (Tae Cyeon - 2PM) sampai episod last. Dah tu, keluar rumah, sempat lagi nak window shopping kat Alamanda dulu. Ha, kalau mak tahu, agak2 kena pelangkung tak? Benjol dah tiga tingkat kat kepala..(lalala~kenapa ayat cam pening..)

Sendiri pening sudah..Ala, yang penting, macam Nickelback ni cakap,
"Don't take free ride on your own life"


Let's live life to the fullest.
The fullest that would pleased HIM.
To HIM we return.

Jadi, jom kita rancang betul2 apa nak buat cuti ni. Bagi bermanfaat. Sebab belum tentu sempat hidup sampai bukak semester kan?Hm..

p/s: for those who have read Contengan Jalanan by Hlovate, these quote would sound familiar;
"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."

Saturday, April 30, 2011

Where were we?

Knowledge.Hikmah.
What we've been missing while running for A's in exam sheets. A's are good. But the essence -knowledge- is kind of missing there.Forgotten.
Now, it's time turn back to see the Middle age, or supposedly called the GOLDEN Age..Where we stood. In centre of knowledge climbs & inventions of great scholar. Ulama'. Knowledgable people.

Let's watch this!
and this,


~Ya Allah, guide us to you and to your knowledge that will lead us to remind you. And other people around to You..

Thursday, April 21, 2011

..

Palpitation.Again.
My senses are sensitized i see.
I need more strength my Lord.
Ya Allah.
I need everything so called calmness,serenity or tranquillity..
I need You. Ya Allah. Your guidance and bless.
More than ever.

Wednesday, April 20, 2011

::Rindu cahaya silau tu::

Went to SAMTTAR this morning.
Pelajar lalu lalang dengan bju kurung bercekak tangan bertudung labuh. Yang lelaki dengan baju kemeja lengan panjang berseluar hitam siap bersongkok semua. Zanji dan marhaban kedengaran di mana-mana. Pelajar sedang berlatih untuk mewakili kawasan bagi persembahan program KAMIL. Bayu dengan haruman tarbiyah menyapa. Rindu. Rindu saat jiwa segar dan bersemangat dengan tarbiyah islami.

Cahaya tarbiyah terang yang menyilaukan hati-hati yang sedang ditarbiyah. Mungkin merasa silau dan tidak senang saat cahaya itu tiba dan sentiasa di situ. Tapi membawa rasa rindu dan kehilangan saat hilangnya. Walaupun cuma sekadar bertegur sapa dengan ustazah di laluan koridor, atau menjenguk bilik kaunseling untuk mencari cikgu bertugas. Tetap berbeza. Berbeza ruhiyyah nya. Kalau dulu alang selalu rasa bersyukur pernah ditempatkan di sekolah menengah aliran kebangsaan yang membuka mata alang terhadap realiti. Pagi tadi, tiba-tiba hati menjadi rindu dengan tarbiyah yang pernah dijalani selama 8 tahun di Al-Amin..
Ni bukan gambar alang.Tapi lebih kurang la camni rupanye dulu..
Muallim yang mengajar erti hidup dan survival, muallimah yang menyemai benih sayangnya dengan ilmu yang berguna di dada. Teringat pernah sekali di darjah 4, 4 Hidayah. Kanak-kanak kan. Dengan sedikit tekanan dari budak kelas yang tak senang dengan alang menjadi penolong ketua darjah, alang jumpa Muallim Zul (cikgu kelas) mintak berenti dari pegang posisi tu. Nangis. Malu je. Budak-budak memang selalu nak disukai kawan-kawan. Bila gaduh, mula la macam-macam. Senang cerita, alang dah malas nak gaduh. Jadi berhenti jela.Senang.
Tapi muallim kata, “Jangan dengar apa orang kata. Kalau ada yang cakap macam-macam lagi, bagitahu je pada Muallim. Cakap je Muallim yang nak Pe’ah jadi penolong kelas.” Hu.Sedih sebab tak dapat berhenti. Tapi memang tak berhenti. Muallim ajar supaya TIDAK BERHENTI. Tidak berhenti bila orang nak kita berhenti. Tapi berhenti hanya bila Allah nak kita berhenti. Bila tugas itu lebih sesuai disandang orang lain. Kerana tugas itu amanah. Dan amanah tidak akan dilepaskan begitu sahaja hanya kerana tunduk kepada kata-kata manusia dan suara yang tidak senang dengan kita. Yang penting, tunduk pada Allah saat senang dan susah memegang amanah tersebut.Atau saat amanah itu harus dilepaskan. Macam dalam novel Hilal Asyraf, V.T- “Posisi bukan POSESI”..
Hasbiyallahu wa ni’mal wakil, fa ni’mal maula wa ni’man nasir ~
Hanya Allah sebaik-baik pembela dan tempat kembali. Dimana juga kaki berdiri, hati berdetik, masa belum terhenti, hanya Allah lebih tahu dimana dan kemana yang terbaik untuk diri.
Moga Allah pelihara hati-hati ini, dan IMAN yang ada bersamanya..
(moga benar saja IMAN itu ada bersamanya)

Thursday, April 14, 2011

Jalan-jalan celah blog..

Dengan selambanya alang masih curi masa nak online.he. Malam ni ada test. Doakan ye.

Nak story ni. I just can't keep my eyes off the screen la bila "ter" jumpa blog2 kengkawan Angah (my elder sis) yang sangat la ramai nya yang menulis. Those I listed in <Dr. muda UNPAD> on the left tu je yang alang sempat baca.

How docs in training can still find enough time to write and do so much things for people around them really amaze me. I never come across these people masa my last visit kat Bandung. I wish I would have the opp. this coming visit. Tu pun kalau angah bawak alang gi jumpa kengkawan dia.^_^.(u really have so many great people around u la sis.but still, u r my best^.^ Tak sabar nak hang out May nanti.wah3.)

Terasa tersangatlah kurangnya ilmu kita bila kita dapat membaca buah fikiran penulis2 lain. Love this blog walking ~

Wednesday, April 13, 2011

Like dissolve Like

Bismillahirrahmanirrahim..

Haaaaahh..lega.
All praise to Allah who let me feel this good tetengah malam (pagi buta dah senanye) camni..
Test chemo ngan quiz pharm. analysis semalam dah selesai.Walaupun tak dinafikan susah, tapi hati berbunga sebab kali ni dah usaha sedaya mampu.(Termasuk tak pasal2 call mak ngan ayah tengahari tu jugak mintak doakan.he.)Tak macam yang dulu-dulu. Terasa ada la juga isinya ilmu di dada. Bak kata bro Tokey, orang dapat jawab exam belum tentu berilmu. Tapi orang berilmu tu insyaallah dah tentu dapat jawab exam. True i said.

Then dah siap video persembahan kreatif arab & slide presentation marketing dengan subject tentang The Alif. An independent band. Band khubaib,my lil bro.Tak sempat la nak cerita pasal interview ngan dorang haritu. Menarik. Rasa cam interview artis bak kata team project yang lain. Esok presentation nya pulak. What i can say is, these guys are great. They are great people with great will and effort. Takda nye pelik pun to be around. Yang penting, jaga batas pergaulan. Kami pergi tu ada muhrim. Muhrim bertauliah lagi.Yela, kan my lil bro ada sekali (little la sangat..). They treated us well walaupun 3/5 dari team members kami pakai tudung labuh. Diorang tak kekok pun.

The thing is, terasa macam sebersalah pulak dalam hati. Adik-adik ni bukan tak boleh didekati. Bukan tak mahu didekati. Kadang-kadang cuma kita je yang extra precaution. Which turns into barrier. To reach them does not means to take them to masjid on the first hand. Ada je yang sememangnya akan pastikan solat terjaga walaupun pergi jamming dari lewat malam sampai ke awal pagi.Memang la tak dinafikan ada ramai yang tak kesah. Tapi environment tu bukan boleh tukar dengan petik jari.

Yang penting pandai jaga diri & cuba jaga orang lain within our circle of influence. Jaga solat, jaga ikhtilat (in simple words,opposite genders social interaction) dan jaga kaf ba ra' kaf ta' alif nun = keberkatan (teringat alkisah muhammad Adif dalam drama Dunia Baru dolu2.) dengan mak ayah tu penting. Then those will be your guardian since guardian angels will always be near as we perform good deeds.

Biasanya, kita memang tahu Islam tu apa tapi jarang kita faham Islam nak apa. Though we know, we tend to ignore. That's how human is. Avoidance is a preference though it does not solve things. Sama dengan hidup kita. Kalau kita tahu Islam (or well said as syariat) kata benda ni kena macam ni dan camni, tapi kita buat2 tak tahu dan abaikan. That is so called avoidance too. More precisely, ignorance. But we can never say no (macam Bieber Fever punya Never Say Never tu.) to the fact that we would not ignore our life ending. Sebab semua orang suka happy ending untuk diri sendiri. Tapi macam mana kita nak dapat happy ending kalau kita ignore apa yang Pemilik akhir hidup kita dan akhir hidup dunia ni perintahkan..ke camne??


Kita selalu nak benda baik sebab itu fitrah. Yang masalah tu bila kita tak mahu benda baik untuk diri sendiri. Something wrong somewhere somehow la tu. Sama macam lagu Zizan ft. Zain Ruffedge and Altimet tu. Alang buat conclusion la sikit. Bila kita nak kebaikan datang kepada kita, kita kena jadi baik dulu. Kita nak calon isteri solehah kena jadi soleh dulu.Paling tidak, berusaha. Same with what goes with principle of dissolution. Like dissolve like. Minyak tak boleh bercampur dengan air dengan mudah sebab air tak suka minyak. Mudahnya begitu. Kita nak masuk syurga, jadi kena lah jadi macam mana orang yang syurga suka. Kalau tak nanti kena kick out. No trespassing.

Berjela-jela pulak..Sori kalau memenatkan otak untuk berfikir.Tapi berfikir tu penting sebab Allah cuma jadikan ciptaan-ciptaanNya sebagai petunjuk, HANYA untuk mereka yang BERFIKIR.

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, diantaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya adzab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir.”
(QS. Yuunus, 10: 24)



p/s: Kalau malas-malas berfikir, nanti cepat nyanyuk (dementia) ataupun brain cell degeneration (alzheimer)