Tuesday, December 14, 2010

Cerita Tentang Wali

Dah lama buku tu tersimpan dalam rak kaca di ruang bacaan.Entah dah ke berapa kali buku itu sekadar dilihat.Terlintas untuk dibaca tapi entah.Sekadar lalu. Pagi tadi lepas selamat hantar Along ke airport untuk balik ke Bandung, akhirnya alang sempat membelek beberapa halaman. Langsung melekat habis dari mukaddimah hingga selesai bab pertama. Apa perkataan tu? Tak jumpa perkataan yang sesuai la untuk gambarkan rasa tu.Menarik?Takjub?Macam pelik je.Tapi yang nak kata nya,bacaan tu penuh ilmu,rasa dan tarikan.Macam novel, tapi lebih bermakna sebab kisahnya pada perjuangan para ulama’ dalam menyampaikan Islam.
Sebenarnya tengah bercerita tentang WALI SONGO ni. Bukan Wali Band ye. Dari buku “Perjuangan Wali Songo Dalam Dakwah Islam”. Rasa rugi kalau tak kongsi sebab buku tu buat alang rasa “em..sedap..” (sambil mengunyah jambu madu dan pelam muda yang dicicah kuah rojak..wawawa..memang sedap.).
Mungkin citarasa bacaan berbeza tapi takkan pernah berbeza pada perlunya kita mengenali para ulama’ yang memperjuangkan penyebaran aqidah Islam di tanah Nusantara ni sehingga kita mampu mengecap nikmat lahir sebagai seorang Muslim. Agar kita bisa bersyukur pada penat jerih, ancaman dan tumpah darah mereka, kita tidak dengan mudah memperkotak katik, menjual dan mempersiakan aqidah Islam kita pada hari ini dan usaha para ulama’ dan wali Allah.
Kalau dulu, mendengar nama Wali Songo, (rasanya pertama kali dulu masa menonton cerita pasal Wali Songo kat TV masa kecik2) alang cuma membayangkan kisah 9 orang ulama’ yang menyebarkan Islam di kepulauan Jawa yang penuh keajaiban dan kisah-kisah aneh. Seronok,macam cerita lagenda. Tetapi tertinggal hikmah terbesar dari kisah wali-wali ini dan penerus perjuangan mereka. Dalam indah dan lembutnya cara mereka menyebarkan dakwah seperti Datuk Bantal dan Raden Rahmat, pada semangat juang meluruskan aqidah masyarakat yang terpesong seperti Sunan Kalijaga, dan tegarnya melawan musuh-musuh yang cuba menjatuhkan Islam baik secara fizikal atau dengan ideologi yang menyesatkan.
Seperti kata penulis buku ni, walaupun kisah Wali songo ni penuh kontroversi, tetapi kisah itu sendiri cukup menarik dan memikat hati.Alang sebut sikit je la pada siapa yang umumnya dianggap Sunan (Sunan tu maksudnya ‘Yang Dijunjung Tinggi’ atau ikutan masyarakat setempat) atau Wali Songo di Tanah Jawa:
1.    Syeikh Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik
2.    Raden Rahmat atau Sunan Ampel
3.    Raden Paku atau Sunan Giri
4.    Raden Makdum Ibrahim atau Sunan Bonang
5.    Raden Qosim atau Sunan Drajad
6.    Raden Said atau Sunan Kalijaga
7.    Raden Umar Said atau Sunan Muria
8.    Jaafar Sodiq atau Sunan Kudus
9.    Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunungjati
Islam yang disebarkan oleh Wali Songo adalah berdasar Ahli Sunnah Waljama’ah dan mereka berpegang dengan salah satu dari empat mazhab fiqh khususnya mazhab Imam Syafi’e. Para wali ini menyampaikan Islam dan menanamkan Iman dalam jiwa masyarakat yang umumnya ketika itu beragama Hindu dan Budha pada ketika itu begitu lembut dengan pendirian ‘mendapatkan ikan tanpa mengeruhkan airnya’.
Alahai betapa banyaknya ilmu dakwah yang kita terlepas pandang padahal kisahnya cuma di seberang.Apalah yang ditelagah kita tentang isu diplomasi dan politik dua negara (Malaysia & Indonesia) sedangkan kita berkongsi persamaan yang sangat banyak dan besar nilainya terutama pada aqidah Islam yang kita anuti bersama. Sejarah kita kalau dihayati, lebih banyak kata ‘persaudaraan’ berbanding ‘permusuhan’.Agenda Yahudi dan musuh Islam yang mahu kita berpecah.
Bak kata vokalis kumpulan Padi dari seberang yang menyanyikan lagu tema Upin Ipin bertajuk ‘Sahabat’ tu, “Biar anak-anak kita tahu yang kita sentiasa bersahabat (Malaysia & Indonesia)”..
p/s: Kalau nak cari, dalam internet banyak.Kalau buku yang alang baca ni tajuknya “Perjuangan Wali Songo Dalam Dakwah Islam”tulisan MB.Rahimsyah AR. Terbitan Pustaka Syuhada Kuala Lumpur dengan izin khas dari Penerbit Indah,Surabaya Indonesia.

No comments:

Post a Comment