Friday, January 14, 2011

::Jiwa kacau lari trek::

Sebenarnya hari ni jiwa berserabut.Padahal dari semalam, gaya semuanya lancar.Dapat buat usrah sehabis baik untuk adik-adik,dapat jawab soalan tutorial pagi tadi, tudung ngan baju hari ni bergosok dan tak buat hal, jadi MC untuk RoW tengahari tadi dengan lancar walaupun bidan terjun je, jadi ketua biro akademik SOPHYS yang baru dengan ahli biro yang boleh masuk punye,perancangan biro yang lancar,best,menarik tertarik memang meletop la kot.Kepala yang rasa nak meletup..Ha,amek kau, panjang bebeno gamaknye list aktiviti..Dah rasa lancar dah.Tapi dalam hati hari ni ada perasaan yang aneh. Aneh bila rasa seronok, smooth je kerja, tapi deep inside macam ada something wrong somewhere somehow..Apa tu??
Mungkin sesuatu yang zahirnya terlihat baik tetapi apakah Allah menerima amalan tu? Bila syarat ibadah itu pada niat dan ikhlas kerana Allah..
Mungkin juga Allah nak uji apa yang alang cakap pada adik-adik dalam usrah semalam.Tentang niat. Sekali dengan demo kan lagu Itulah Sayang dari The Ramlees kat adik-adik tuh ;
Tanya sama hati apa asal sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga,Bulan dan bintangnya,
Punya tanda2 hubungan mesra.

Tanya sama hati apakah merindu,
Ingat masa lena apa mimpi mu,
Bila berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang..

Alang tanya secara rawak, “Ha,rasa2 lagu ni sesuai untuk siapa?”
Ada adik2 yang menjawab “untuk mak ayah pun boleh”.Ada jugak yang menjawab, “Kekasih”, “Sahabat” dan yang selebihnya cuma terkumat kamit tapi tak keluar patah jawapannya. Jadi alang pun cuba merumuskan,
“Ha,sebab lagu ni universal,bergantung pada siapa kita ingat bila kita dengar atau nyanyi lagu macam ni. Kalau ingatkan mamat hensem bilik lecture sebelah (lelaki ajnabi la tu kan), boleh jadi maksiat.Maksiat hati.Mana tak nya kalau dah layan jiwa-jiwa dan berbunga-bunga taman dalam hati tu. Tapi kalau kita tujukan kepada mak ayah kerana rindukan mereka, boleh jadi ibadah lagi kerana menyemai rasa kasih sayang kepada kedua ibu bapa kita..Dengan niat, sesuatu boleh jadi maksiat, boleh jadi ibadat.Yang penting, ibadat & maksiat tak mungkin bersatu dalam satu keadaan.”
Berdesir rasa dingin dalam hati saat menuturkan ingatan buat adik-adik tu semalam.Mungkin ni lah masalah yang bermasalah tu. NIAT. IKHLAS. Mungkin dalam hati ni, belum cukup dipaksikan niat segala amal perbuatan siang tadi kerana Allah. Walaupun sedar hari Jumaat, saat masa berlalu menjengah siang ke malam, tak mustahil niat yang mulanya kerana Allah sedikit demi sedikit terhakis dan diganti dengan cita-cita dan tujuan dunia semata. Macam plan nak naik utara sampai Penang, bila dah sampai Ipoh, tiba2 tukar fikiran nak ke Pahang. Kan masalah tu.Sebab amalan itu tak tersampai pada tujuan. Kalau tujuan kerana Allah, ganjarannya dan redha nya disisi Allah. Kalau dah tersasar pada tujuan dunia semata, dapat apa? Dunia belum tentu dapat, tapi akhirat dah melepas..
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Menurut syarah hadith ini oleh dr. Mustafa Al-bugha dan Muhyiddin Misto yang dibaca dari Halaqah Online, Imam Abu Daud berkata: “Sesungguhnya hadith ini iaitu hadith bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat”
Mungkin dah biasa sangat dengar hadith ni tapi urusan niat ni perkara sehari-hari.Sering sangat berbolak balik dan berubah-ubah kerana ia sesuatu yang ghaib dan tidak terlihat oleh orang lain.Cuba kalau tiap apa yang kita niatkan tu keluar macam text besar-besar atas kepala kita, rasanya confirm semua orang akan berusaha sedaya upaya bagi niat tu terarah kepada jalan yang baik.
Adoyai la..
Wahai esok, lebih baik kah kamu dari hari ini? Sebab kalau tidak, sungguh-sungguh aku orang yang rugi. Sangat-sangat ruginya. Berusaha untuk menjadi muslim sepenuh masa.FULL TIME MUSLIM. 24 jam, ditolak masa solat, doa dan munajat, yang selebihnya apakah ibadat atau maksiat??
Kerana hanya pada Allah kita mampu meminta, jadi mintalah untuk ditetapkan istiqamah pada jalan yang Dia redhai
~Allahu a’lam:Allah knows~

No comments:

Post a Comment