Thursday, August 4, 2011

Sweet little candy::Bermanis muka~

Assalamualaikum.
Ramadhan ni, pendek jela pos nye. Supaya kita ada lebih masa melakukan ibadah lain juga^_^.
Ni waktu pagi lagi,semua orang masih bertenaga hasil sahur pagi tadi. Produktif semuanya.Kan3?
Tapi, bila waktu dah menjelang petang, bekalan tenaga dari glucose telah habis lalu badan menggunaka reservoir yang ada iaitu stok simpanan lemak dalam badan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. Tapi penggunaan reservoir ni bersama-sama menghasilkan bahan2 yang turut membuatkan kita rasa sengal-sengal pada sendi & otot,tidak kecukupan tenaga dan keletihan jugak eh..Penat..Lapar..Muka dah toya untuk menunggu waktu berbuka..

Eh, tiba-tiba kita terbaca satu hadith tentang bermanis muka.Ha, Rasulullah berpesan,

"Jangan kamu memandang rendah kepada sebarang kebajikan, sekalipun dengan engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis." Riwayat Muslim.

Oho, jom kita bermanis muka walau perut sedang berkeroncong main lagu jawa dan sendi-sendi terasa sengal semuanya. Kerana dengan itu kita melakukan kebajikan. Melakukan sedekah. Lagi2 di bulan Ramadhan. Ni pesanan untuk diri sendiri ni sebab tu tulis.

Jom3~ maniskan muka jumpa keluarga, jumpa sahabat & orang disekeliling kita.Seakan nampak pelangi, nampak gula-gula berwarna warni!! Wah, aura manisnya terasa.Manisnya ukhuwwah kerana Allah (^_^)v

p/s: Ni ad pattern baru utk armsocks^^ saja nak share kt sni sket~

Wednesday, July 27, 2011

Saiz armsocks~

Assalamualaikum.he.Sebenarnye nak reply comment reader kat bawah tu.Tapi disebabkan asyik tak berjaya, maka hantar jela post lagi satu. Senang maklumkan sekali saiz untuk armsocks.Ha, saiz awak apa?


Sori lambat.Baru dapatkan info.ni ikut ukul lilit getah pada lengan tu ye.S=8',M=9',L=10', XL=11', XXL=11.5'. kalau nak selesa, biar muat2.klau y suka ketat sket pd bhgian lengan,ikut la. kalau ukur lilit lengan lebih kecil dr y saiz S, masih leh pkai dgn jhit sikit pd getah tu ikut saiz lengan. Begitullah cerita nya..

Wednesday, July 20, 2011

armsocks for SALE !! ~ ..sempena Ramadhan semakin hampir^_^..

Assalamualaikum to all readers.hu.Sebulan sekali je sempat update sekarang ni.huish.busy bukan main. Busy ke? Bukannya sebanyak kerja, sebanyak sumbangan, sebanyak urusan para pembesar mahupun para ulama' di serata negeri pun. Tapi diri sendiri rasa masa asyik tak cukup. Bahaya ni. Khuatir Allah tarik nikmat keberkatan masa. Para alim 'ulama tu tulis buku berpuluh2, beratus2, uruskan serata negeri, menyampaikan dakwah supaya Islam tertegak dan tertinggi di bumi Allah ni, banyak je masa nak bangun qiam dan beribadah jauh lebih banyak dari kita. haila..usaha2..Mujahadah lagi ye..
 
Ok, hari ni kita nak join venture ikut sunnah Rasulullah dalam mencari rezeki. Berniaga lah!!^_^
 
Just nak share kt aini.lupe nk maklumkn awal2 yang alang tengah jual armsocks dari kain tshirt cotton. Moto dia: Cantik, Selesa & paling pnting TUTUP aurat. BUKAN BUNGKUS aurat ye..
Macam2 pattern ada. Meh nak attach gambar banyak2 bagi tengok.. Sori gmbar xbpe nk canggih sbb pkai camera hp ja.
 
 
 



Senarai harga adalah seperti berikut:
Plain         : RM10/pcs (hitam,putih,kelabu,milan,pink pekat,coklat pekat,coklat cair,choco white)
Bercorak    : RM11/pcs (pink cair&putih,kelabu&putih,maroon&kelabu,dark choc&white&pink,pink &polkadot pink cair)
Cuff getah : RM12/pcs (putih,hitam,skin colour)
 
Memang best sebab dia ada saiz dr S,M,L,XL & XXL. Pertama di MALAYSIA tau ni.Takda tipu punye.Cuba la try gi cari. Harga diatas itu TERMASUK KOS PENGHANTARAN ye.

Jom galakkan sedara mara, adik beradik dan sepupu sepapat serta kengkawan y kita sayang utk tutup aurat dgn LEBIH SEMPURNA sempena Ramadhan y bakal tiba ni. Ooo,lupe, PROMOSI RAMADHAN!! adalah seperti berikut ye.

Plain         : RM10/pcs  (3pcs = RM25)
Bercorak    : RM11/pcs (3pcs = RM28)
Cuff getah : RM12/pcs (3pcs = RM30)

Jom mencari kesempurnaan dalam aqidah, ibadah & akhlaq kita sempena Ramadhan yang bakal tiba. Armsocks ni cuma salah satu jalan kita mencari kesempurnaan dalam menutup aurat. Ramdhan oh ramadhan..

p/s: siapa yang berminat, boleh hubungi alang di 0135055753 untuk tempahan ye^_^

~Manusia tidak akan pernah sempurna tetapi kita hidup untuk mencari kesempurnaan kerana Allah itu Maha Sempurna..& kita ingin menjadi hambaNya yang paaaaaling baik, sebaik mungkin yang kita mampu. Kurniakan lah kami kekuatan ya Allah..~
 

Tuesday, June 28, 2011

Saya saaaaayang awak!! Ep.2

Dah lama kan?

Tak kira lah beraaaaaapa pun lamanya, saya masih sayang kat awak.He.Saya doa supaya saya akan terus sayang awak. Iyalah. Sebab awak kawan saya, adik saya, kakak saya, saudara saya dan awak macam-macam la buat saya. Pandai kan orang dolu-dolu berpujangga. Katanya, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun tumpang wangi. Berkawan dengan penjual besi, tempias panas api besinya pun turut membakar kita. Eh, mesti lah saya suka berkawan dengan awak. Kan awak periang, positif dan selalu buat orang keliling awak senang. Bestkan camtu? Berfikiran terbuka lagi, menghormati ibu ayah  bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab yang diberi. Jadi saya pun rasa ter'positif' sama. Macam-macam benda kita borak sekali. Shopping, santai-santai tengok drama, jalan-jalan. Seronok betul kan?

Memang seronok. Tapi bila saya baca tafsir surah At-Tahrim hari tu, saya jadi serba salah. Serba salah kat awak. Tafsir tu tentang ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka”.
Macam mana? Saya seronok kawan dengan awak sampai saya tak teringat pasal ni. Bersungguh-sungguh je saya kata dalam hati yang saya nak sayang awak kerana Allah. Tapi betul ke? Bila awak buat salah pada saya, saya cepat terasa. Cepat je saya cari jalan supaya awak tahu. Sedangkan bila awak buat salah pada Allah, saya berat sangat untuk beritahu. Saya takut awak terasa. Tapi saya TERLUPA untuk takut azab Allah menimpa awak. Kalau betul saya sayang awak, kenapa saya tak beritahu? Sebenarnya saya tak tahu nak beritahu macam mana..



Sungguh saya tak tahu..



Sangat banyak kurangnya saya. Sangat banyak juga salah yang saya buat. Saya tengah cuba. Cuba untuk tidak ulang. Mungkin belum cukup saya mencuba kerana masih banyak dosa yang saya lakukan yang mungkin menjadi fitnah pada agama Islam yang mulia lagi cantik yang saya hidup di dalamnya ini.. tapi saya tak mahu jadikan itu alasan untuk saya tak beritahu awak apa yang patut saya beritahu. Sebab saya sayangkan awak.

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya beritahu yang tudung awak jarang, tak melepasi dada? Syariat Allah ada beritahu kita guideline nya tapi cara yang awak pakai masih tak memenuhi piawai. Saya tahu Allah marah kalau awak pakai macam tu. Tapi saya tak tahu nak beritahu macam mana..

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata baju dan seluar awak ketat dan menampakkan bentuk badan? Betapa saya tahu Allah murka tapi saya kadang-kadang buat tak endah untuk mengingatkan awak tentangnya..

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata kita patut bataskan hubungan dengan kawan-kawan lelaki? Mungkin awak kata saya agak kolot. Masalahnya adalah kita adalah jenis yang terbuka dan outspoken yang kadang-kadang menghilangkan malu pada pergaulan kita. Bertemu, berbual & bergurau pada yang tidak perlu. Rasanya selalu kita buat. Dan betapa sangat mudah untuk kita terjerumus pada dosa saat itu.

Kerana daripada Abi Mas’ud Uqbah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu” (hadith riwayat Al-Bukhari).

Dan pada hadith yang lain, Baginda bersabda “Iman itu mempunyai enam puluh lebih cabang, dan malu itu merupakan sebahagian daripada iman” (hadith riwayat Al-Bukhari). Andai berkurang malu kita, bagaimana iman kita ya? Sangat perlu saya berkata ini pada diri sendiri.

Awak rasa awak boleh terima tak kalau saya kata sepatutnya awak tak terima 'si dia' tu jadi kekasih awak kerana unsur-unsur couple ni mendekatkan pada zina? Dan saya sendiri tahu masakan awak mampu untuk menjaga diri dari zina hati dan zina mata walaupun bukanlah sehingga zina yang sebenarnya bila sudah terikat pada hubungan hati begitu. Saya takut awak marah tapi terlupa yang marahnya Allah jauh lebih menakutkan kerana saya patut takut kalau Dia marah pada awak..

Awak mungkin rasa saya sangat mudah melihat salah awak berbanding salah sendiri. Mungkin. Tapi saya harap saya tak sibuk mengira salah awak pada saya tapi sibuk mengira salah KITA pada Allah. Dan kalau saya tak beritahu awak, saya akan sentiasa rasa serba salah..sebab saya cuma menyelamatkan diri sendiri dari api neraka sedangkan say membiarkan awak terus dalam murkaNya..

Saya harap saya dapat beritahu awak semua ni. Tapi saya tak tahu bagaimana. Jadi saya tulis. Saya harap awak baca. Ya. Awak la. Sebab saya saaaaayang awak. Kerana Allah. Insyaallah. 

Baik-baik ya sayang..

p/s: Kalau awak tahu macam mana saya perlu beritahu awak semua ni, tolong  beritahu saya ya.

Tuesday, May 10, 2011

::It's just a beginning::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & selamat sejahtera ya!
(bukan main panjang salamnya.he.Tapi lagi panjang kita doakan orang, lagi banyak pahala kita dapat kan3?^^)

Hari ni hari last exam.Wa3, bukan main la seronoknya semua orang.Mana tak nye bila lepas ni cuti 4 bulan.Ha, cuti la sepuas2 nya. Bergebang sakan la..

But, to my surprise, I felt this is the first time that when I just finish my last paper and felt that, the real game is just about to begin. Kenapa kah?

Meh nak cerita. Hari ni alang ada interview. Apply untuk program pengantarabangsaan ke Germany this coming October. Al-kisahnya, tuan dan puan penemu duga tu mesti la tanya soalan kan (kalau tak, namanya bukan 'temu' & 'duga' = jumpa & uji ), dan antaranya adalah apa yang alang pernah sertai dan latar belakang aktiviti, akademik segala. Bila fikir-fikir, orang semua tengah sibuk nak berseronok sebab dah habis semester 4, alang pulak macam sibuk rancang untuk semester 5. Apakah? (Terasa diri tersangatlah membosankan..Cuti la dulu kalau tak ye pun kan?4 bulan lagi kowt..)

Tapi kan tapi..

Ni ada sedikit petikan dari hadith yang terkandung dalam The Life of This World Is a Transient Shade oleh Abdul Malik Al-Qasim (penangan baca Contengan Jalanan-Hlovate la ni),
"My similitude and that of the life of this world is that of a traveler who took a rest at mid-day under a shade of a tree and then left it." [Ahmad, at-Tirmidhi, Ibn Majah and al-Hakim ]

Nak mudahkan cerita, mana ada orang musafir, ataupun orang yang sedang dalam perjalanan on the way ke destinasi akhir duduk senang lenang tanpa berusaha mencapai matlamat selari dengan tujuan akhir dia kan?
Macam la kan, kita bagitahu mak kita yang kita nak balik rumah kat Bangi pukul 2 petang untuk bawa mak kita pergi kenduri. Tapi dah pukul 12, kita belum keluar rumah sewa di Seremban sambil masih mengadah drama korea "Dream High" sebab nak tengok Jin Gook tu (Tae Cyeon - 2PM) sampai episod last. Dah tu, keluar rumah, sempat lagi nak window shopping kat Alamanda dulu. Ha, kalau mak tahu, agak2 kena pelangkung tak? Benjol dah tiga tingkat kat kepala..(lalala~kenapa ayat cam pening..)

Sendiri pening sudah..Ala, yang penting, macam Nickelback ni cakap,
"Don't take free ride on your own life"


Let's live life to the fullest.
The fullest that would pleased HIM.
To HIM we return.

Jadi, jom kita rancang betul2 apa nak buat cuti ni. Bagi bermanfaat. Sebab belum tentu sempat hidup sampai bukak semester kan?Hm..

p/s: for those who have read Contengan Jalanan by Hlovate, these quote would sound familiar;
"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."

Saturday, April 30, 2011

Where were we?

Knowledge.Hikmah.
What we've been missing while running for A's in exam sheets. A's are good. But the essence -knowledge- is kind of missing there.Forgotten.
Now, it's time turn back to see the Middle age, or supposedly called the GOLDEN Age..Where we stood. In centre of knowledge climbs & inventions of great scholar. Ulama'. Knowledgable people.

Let's watch this!
and this,


~Ya Allah, guide us to you and to your knowledge that will lead us to remind you. And other people around to You..

Thursday, April 21, 2011

..

Palpitation.Again.
My senses are sensitized i see.
I need more strength my Lord.
Ya Allah.
I need everything so called calmness,serenity or tranquillity..
I need You. Ya Allah. Your guidance and bless.
More than ever.

Wednesday, April 20, 2011

::Rindu cahaya silau tu::

Went to SAMTTAR this morning.
Pelajar lalu lalang dengan bju kurung bercekak tangan bertudung labuh. Yang lelaki dengan baju kemeja lengan panjang berseluar hitam siap bersongkok semua. Zanji dan marhaban kedengaran di mana-mana. Pelajar sedang berlatih untuk mewakili kawasan bagi persembahan program KAMIL. Bayu dengan haruman tarbiyah menyapa. Rindu. Rindu saat jiwa segar dan bersemangat dengan tarbiyah islami.

Cahaya tarbiyah terang yang menyilaukan hati-hati yang sedang ditarbiyah. Mungkin merasa silau dan tidak senang saat cahaya itu tiba dan sentiasa di situ. Tapi membawa rasa rindu dan kehilangan saat hilangnya. Walaupun cuma sekadar bertegur sapa dengan ustazah di laluan koridor, atau menjenguk bilik kaunseling untuk mencari cikgu bertugas. Tetap berbeza. Berbeza ruhiyyah nya. Kalau dulu alang selalu rasa bersyukur pernah ditempatkan di sekolah menengah aliran kebangsaan yang membuka mata alang terhadap realiti. Pagi tadi, tiba-tiba hati menjadi rindu dengan tarbiyah yang pernah dijalani selama 8 tahun di Al-Amin..
Ni bukan gambar alang.Tapi lebih kurang la camni rupanye dulu..
Muallim yang mengajar erti hidup dan survival, muallimah yang menyemai benih sayangnya dengan ilmu yang berguna di dada. Teringat pernah sekali di darjah 4, 4 Hidayah. Kanak-kanak kan. Dengan sedikit tekanan dari budak kelas yang tak senang dengan alang menjadi penolong ketua darjah, alang jumpa Muallim Zul (cikgu kelas) mintak berenti dari pegang posisi tu. Nangis. Malu je. Budak-budak memang selalu nak disukai kawan-kawan. Bila gaduh, mula la macam-macam. Senang cerita, alang dah malas nak gaduh. Jadi berhenti jela.Senang.
Tapi muallim kata, “Jangan dengar apa orang kata. Kalau ada yang cakap macam-macam lagi, bagitahu je pada Muallim. Cakap je Muallim yang nak Pe’ah jadi penolong kelas.” Hu.Sedih sebab tak dapat berhenti. Tapi memang tak berhenti. Muallim ajar supaya TIDAK BERHENTI. Tidak berhenti bila orang nak kita berhenti. Tapi berhenti hanya bila Allah nak kita berhenti. Bila tugas itu lebih sesuai disandang orang lain. Kerana tugas itu amanah. Dan amanah tidak akan dilepaskan begitu sahaja hanya kerana tunduk kepada kata-kata manusia dan suara yang tidak senang dengan kita. Yang penting, tunduk pada Allah saat senang dan susah memegang amanah tersebut.Atau saat amanah itu harus dilepaskan. Macam dalam novel Hilal Asyraf, V.T- “Posisi bukan POSESI”..
Hasbiyallahu wa ni’mal wakil, fa ni’mal maula wa ni’man nasir ~
Hanya Allah sebaik-baik pembela dan tempat kembali. Dimana juga kaki berdiri, hati berdetik, masa belum terhenti, hanya Allah lebih tahu dimana dan kemana yang terbaik untuk diri.
Moga Allah pelihara hati-hati ini, dan IMAN yang ada bersamanya..
(moga benar saja IMAN itu ada bersamanya)

Thursday, April 14, 2011

Jalan-jalan celah blog..

Dengan selambanya alang masih curi masa nak online.he. Malam ni ada test. Doakan ye.

Nak story ni. I just can't keep my eyes off the screen la bila "ter" jumpa blog2 kengkawan Angah (my elder sis) yang sangat la ramai nya yang menulis. Those I listed in <Dr. muda UNPAD> on the left tu je yang alang sempat baca.

How docs in training can still find enough time to write and do so much things for people around them really amaze me. I never come across these people masa my last visit kat Bandung. I wish I would have the opp. this coming visit. Tu pun kalau angah bawak alang gi jumpa kengkawan dia.^_^.(u really have so many great people around u la sis.but still, u r my best^.^ Tak sabar nak hang out May nanti.wah3.)

Terasa tersangatlah kurangnya ilmu kita bila kita dapat membaca buah fikiran penulis2 lain. Love this blog walking ~

Wednesday, April 13, 2011

Like dissolve Like

Bismillahirrahmanirrahim..

Haaaaahh..lega.
All praise to Allah who let me feel this good tetengah malam (pagi buta dah senanye) camni..
Test chemo ngan quiz pharm. analysis semalam dah selesai.Walaupun tak dinafikan susah, tapi hati berbunga sebab kali ni dah usaha sedaya mampu.(Termasuk tak pasal2 call mak ngan ayah tengahari tu jugak mintak doakan.he.)Tak macam yang dulu-dulu. Terasa ada la juga isinya ilmu di dada. Bak kata bro Tokey, orang dapat jawab exam belum tentu berilmu. Tapi orang berilmu tu insyaallah dah tentu dapat jawab exam. True i said.

Then dah siap video persembahan kreatif arab & slide presentation marketing dengan subject tentang The Alif. An independent band. Band khubaib,my lil bro.Tak sempat la nak cerita pasal interview ngan dorang haritu. Menarik. Rasa cam interview artis bak kata team project yang lain. Esok presentation nya pulak. What i can say is, these guys are great. They are great people with great will and effort. Takda nye pelik pun to be around. Yang penting, jaga batas pergaulan. Kami pergi tu ada muhrim. Muhrim bertauliah lagi.Yela, kan my lil bro ada sekali (little la sangat..). They treated us well walaupun 3/5 dari team members kami pakai tudung labuh. Diorang tak kekok pun.

The thing is, terasa macam sebersalah pulak dalam hati. Adik-adik ni bukan tak boleh didekati. Bukan tak mahu didekati. Kadang-kadang cuma kita je yang extra precaution. Which turns into barrier. To reach them does not means to take them to masjid on the first hand. Ada je yang sememangnya akan pastikan solat terjaga walaupun pergi jamming dari lewat malam sampai ke awal pagi.Memang la tak dinafikan ada ramai yang tak kesah. Tapi environment tu bukan boleh tukar dengan petik jari.

Yang penting pandai jaga diri & cuba jaga orang lain within our circle of influence. Jaga solat, jaga ikhtilat (in simple words,opposite genders social interaction) dan jaga kaf ba ra' kaf ta' alif nun = keberkatan (teringat alkisah muhammad Adif dalam drama Dunia Baru dolu2.) dengan mak ayah tu penting. Then those will be your guardian since guardian angels will always be near as we perform good deeds.

Biasanya, kita memang tahu Islam tu apa tapi jarang kita faham Islam nak apa. Though we know, we tend to ignore. That's how human is. Avoidance is a preference though it does not solve things. Sama dengan hidup kita. Kalau kita tahu Islam (or well said as syariat) kata benda ni kena macam ni dan camni, tapi kita buat2 tak tahu dan abaikan. That is so called avoidance too. More precisely, ignorance. But we can never say no (macam Bieber Fever punya Never Say Never tu.) to the fact that we would not ignore our life ending. Sebab semua orang suka happy ending untuk diri sendiri. Tapi macam mana kita nak dapat happy ending kalau kita ignore apa yang Pemilik akhir hidup kita dan akhir hidup dunia ni perintahkan..ke camne??


Kita selalu nak benda baik sebab itu fitrah. Yang masalah tu bila kita tak mahu benda baik untuk diri sendiri. Something wrong somewhere somehow la tu. Sama macam lagu Zizan ft. Zain Ruffedge and Altimet tu. Alang buat conclusion la sikit. Bila kita nak kebaikan datang kepada kita, kita kena jadi baik dulu. Kita nak calon isteri solehah kena jadi soleh dulu.Paling tidak, berusaha. Same with what goes with principle of dissolution. Like dissolve like. Minyak tak boleh bercampur dengan air dengan mudah sebab air tak suka minyak. Mudahnya begitu. Kita nak masuk syurga, jadi kena lah jadi macam mana orang yang syurga suka. Kalau tak nanti kena kick out. No trespassing.

Berjela-jela pulak..Sori kalau memenatkan otak untuk berfikir.Tapi berfikir tu penting sebab Allah cuma jadikan ciptaan-ciptaanNya sebagai petunjuk, HANYA untuk mereka yang BERFIKIR.

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, diantaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya adzab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir.”
(QS. Yuunus, 10: 24)



p/s: Kalau malas-malas berfikir, nanti cepat nyanyuk (dementia) ataupun brain cell degeneration (alzheimer)

Thursday, March 31, 2011

Dapat jawapan dah [^_^]

Ha, lega. Baru balik dari  forum anjuran SOPHYS : Dia Yang Kau Tinggalkan..Scandalkan tajuk? he.Tapi catchy.like.Yang paling best, alang jawab quiz kat akhir forum.Guest what? Dapat hadiah la.Wa3.Best. Hamper.cokelat, corntoz,bla3..& HONEYSTAR. Yang last skali tu yang paling di'eyeing' dr awal.he.

Ok2.Back to main point.Alang da dapat jawapan dah.Dari keserabutan dan kekacauan jiwa akibat quiz y cam hape ntah markahnye pagi tadi.Baru pagi td post pasal dosa. Masalah nk istiqamah nak buat baik.Ha, malam ni, baru tadi, gi forum tu, bahagian akhir untuk kesimpulan, Ustaz Aziz bagi tips camne nak bagi kita tak lupa pada Rasulullah. (Jangan konfius lak.Tajuk je scandal.Tapi objektif forum tentang sunnah Rasul S.A.W yang selalu kita tinggalkan & ambil enteng.)

Ustaz cerita pasal selawat. Kalau kita tak ingat pada Rasulullah, macam mana Rasulullah nak kenal kita sebagai umat baginda di akhirat nanti kan? Especially di Padang Mahsyar kelak bila kita sangat perlukan syafaat & minum air Telaga Kauthar sebagai ummat baginda.

Selawat tanda kita ingat baginda S.A.W. Insyaallah jadi wasilah (jalan) jugak untuk kita dekat kepada Allah sebab kita kasihkan kekasihNya kan. Bila kita dekat pada Allah, malaikat pun akan selalu berada disamping kita menjadi teman setia. Bisikkan perkara2 kebaikan la kan. That's how we can keep ourself consistent in good deeds and away of sin as much as we could.

Vice versa dengan syaitan. Bila buat dosa, malaikat jauh, syaitan mari. Lagi banyaklah kemungkaran yang dibisikkan dalam diri kita. Syaitan bukak jalan hitam, nafsu ajak kita terus follow jalan tu..Haila..Bahaya2!!Nenong..nenong..nenong.."ambulance iman" to te resque!!Doa2 iman kita msih cukup kuat untuk selamatkan kita dan send us back to "hospital hidayah" Allah..

Point of the story, jom banyak2kan selawat ^_^

Wednesday, March 30, 2011

Left out!

Hm,baru je habis quiz subjek chemo..Ni dah quiz ke-3 senye tp still markah just lepas sikit dari nak fail..Test jangan kata la.Kenapa teruk sangat performance sem ni ni???Left out teruk sangat dah..
I wonder,wonder and wonder.

Tapi kalau setakat wondering, wandering, memanjang jela tak setel2 masalah..
Selalu je rasa duit short, masa tak pernah nak cukup, kerja tak siap-siap. Kan masalah tu? Tapi kan,semalam ustaz kata, Allah bagi kafarah dosa kita kat dunia mungkin dengan cara2 timbulnya halangan dan kesusahan dalam hidup kita..cam duit cepat habis,lambat jodoh,susah nak dapat kerja ke..

Haila,kalau kat dunia dapat kafarah dosa boleh setel akhirat tak kena satu hal jugak.Tapi kita tak tau dosa kita banyak mana. Setakat mana baru yang terhapus atas dunia. Tapi kita susah betul nak nampak dosa yang kita sendiri buat.Yang kita nampak adalah dosa yang orang lain buat. Sibuk la nak tegur orang, buat kerja dakwah. Ha, diri sendiri?? Cik alang, muhasabah la diri sendiri tu ya..

Eh,tapi bukan kata kalau kita buat dosa, kita tak buat kerja dakwah, ajak orang buat baik, cegah orang dari buat apa yang Allah murka. Sebab kan dakwah tu pun satu tuntutan . Sama cam solat la kan. Kalau tinggal tuntutan kerana merasa diri banyak dosa, bertambah la dosa kita. Hu..tak mau,tak mau.

Jadi, kena jauh-jauh jauhkan diri dari dosa, dari perkara yang Allah murka, barulah Allah tolong kita kan?kan3?

Kena baca balik la buku Ibnu Qayyim ,"Kesan Dosa Dalam Hidup" la camni ..

Satu langkah dosa = -1
Satu langkah pahala = +1
Tapi jawapan dia bukan 0 sebab dosa akan bawak banyak minus point yang tak kelihatan..
RISAU.
Berapa banyak dah negative value dalam poket kita??

Tuesday, March 29, 2011

KEMBALI oleh tashiru

Nowseeheart - Selawat Atasmu

Sayangnya Rasulullah pada kita..kita pun kata sayang pada Nabi S.A.W, tp selalu je lupa nk selawat kn? Jom selawat keatas junjungan baginda s.a.w ^^

Monday, March 28, 2011

Cerita Tentang Cinta

aduhai.
malam ni bergelar moderator forum "Biarkan Cintamu Berkata Tidak"
hu..cuak.cerita tentang cinta?alang?haha.
doa2 la dimudahkan..

Sunday, March 27, 2011

“Saya saaaayang awak!” Ep.1

Assalamualaikum. Kehadapan awak yang membaca. Ha, yela.Awakla. Bukan orang kiri kanan tu. Awak yang membaca.Jadi awaklah yang saya sayang.^^Sayang sebagai seorang muslim yang ingin saudara semuslimnya disayangi Allah sebagaimana ia mahukan untuk dirinya~
Eh,eh,jangan padam page ni dulu ye. Sebab saya sayang kat awak, saya nak awak baca sampai habis..boleh ke? Penting untuk orang yang saya sayang baca ni..
Pelik kan? Haha.Kalau cakap depan-depan, confirm alang tak cakap macam ni. Tak reti nak ber’sayang2’ segala. Tapi hakikatnya, kita kena belajar sayang orang di sekeliling kita. Sebab, Allah tu Maha Penyayang dan Dia sayang kepada hambaNya yang penyayang..Pernah dengar hadith ni?
Man la yarham,la yurham.                                                                                           
Daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: "Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya. (Sahih al-Bukhari)
Lagi -lagi lah jika awak adalah orang yang saya kenal. Kalau orang yang kita tak kenal pun tak pe. Ada seorang sahabat alang pernah cakap, die dengar seorang ustaz ceramah lebih kurang macam ni,
“Tak salah kita doakan orang yang kita tak kenal. Katakanlah kita naik bas,ternampak seorang atuk tua jalan kaki kata tepi jalan raya bawak payung tetengah hujan.Nampak letih je.Tak salah kita mendoakan dia selamat sampai ke tempat yang dituju.”
Sebab doa itukan ibadah. Pasti ada kebaikannya. Pada orang yang didoakan dan pada orang yang mendoakan.Nabi saw. bersabda:

“Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diserahi untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang sepadan.(HR. Muslim).
Indahkan Islam? Penuh kasih sayang.^^
Kita sayang kerana kita sama-sama Muslim, kalau tak Muslim pun, kita sama-sama makhluk..
Bayangkan dahulu, lebih seribu tahun dulu, Rasulullah begitu sayangkan kita ummatnya meskipun sebelum kewujudan kita. Pelik kan? Sayang pada yang tiada.Baginda sangat khuatir akan musibah yang bakal melanda umat akhir zaman. Jadi baginda tinggalkan kepada kita Al-Quran & sunnahnya..Tapi ramai yang terlupa..Ramai yang tak ingat pesan baginda..Alang pun selalu lupa jugak. Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat yang sudi mengingatkan.
Jadi, sebab saya sayang kat awak la saya nak ingatkan.. Macam yang sahabat alang ingatkan kat alang dulu. Kan bagus kalau alang boleh cakap macam ni dengan awak. Tapi alang tak berapa nak reti. Jadi alang tulis la ye.
Alang tahu awak solat 5 waktu, awak hormat ayah & ibu, pun awak sangat pemurah untuk beri bantuan kepada orang yang memerlukan. Tapi kan awak, kalau alang bagitahu, awak jangan marah ye. Sebab alang sayang, alang beritahu.Kalau awak perempuan, awak memang cantik bertudung dan berbaju dengan trend semasa. Nak kata macam mana ye?
Mungkin awak dah pernah dengar hadith ni, sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud ]
Kenapa ketika solat, kita bergegas mencari telekung, menutup seluruh anggota kita. Tak la kata nak kena ke kuliah & kedai pun dan bertelekung, tapi syaratnya tetap sama kan? Tak boleh jarang, tak boleh pendek, tak boleh ketat..Ha, nanti kalau tak cukup syarat, solat tak sah kan? Sebab syarat sah solat tu kan menutup aurat. Kalau keluar ke Jusco atau ke taman, syarat menutup auratnya berbeza kah?
Sememangnya Islam menganjurkan bertudung, berpakaian yang sewajarnya, tapi kita kena ambil tahu bertudung yang macam mana, berpakaian yang macam mana..Sebab pada asasnya, Islam meWAJIBkan kita menutup aurat. Macam wajibnya solat, puasa & zakat. Kalau kita buat, mesti Allah sayang. Tapi kalau tak buat , pahala melayang, azab siksa yang datang. Bukan Allah tak sayang kat kita, tapi Dia dah bagi jalan untuk kita pilih.
Sebagai contoh, kita melalui highway yang sempurna & lurus. Tiba2 ada satu simpang bertulis, “Awas, gaung dihadapan!” dan kita tetap memandu masuk simpang tersebut. Salah siapa kalau kita jatuh kedalam gaung? Takkan nak salahkan penyelenggara highway yang dah siap-siap letak signboard amaran kan?kan3? Hm..jom renung-renungkan..
Untuk huraian lebih lanjut, boleh rujuk laman ni http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273
Haila, betapa saya sayangkan awak. Dan harapnya  sayang ini kerana Allah. Sebab alang nak sayang Allah supaya Allah pun sayang alang. Supaya Allah sayang kita semua ^^
Hadits Muadz bin Anas Al-Jahni bahwa Rasulullah saw. bersabda:

“Siapa saja yang memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka berarti ia telah sempurna imannya”. (HR. AL Hakim).

Sunday, March 13, 2011

..Nak kata camne??..

Bila seharian hari kita sangat gembira & menyeronokkan, hati terkadang bimbang andai suka kita berada dalam murka Allah..

Biarpun hari sangat memenatkan & tertekan, biasanya jiwa lebih banyak mengingati-Nya dari saat kita gembira..

Kembalikan hati-hati kami pada-Mu ya Allah..

Hanya Engkau lebih mengetahui apa yang ada dalam hati-hati kami, adakah disibukkan dengan mengingati keagungan & kasih sayang-Mu atau leka dengan kecintaan dunia selain-Mu..

Saujana - Jika Terakhir Buatku

Jika Terakhir Buatku- Saujana

Wednesday, February 9, 2011

Revolusi Mesir: Apa kena mengena?

Assalamualaikum.Sari berita utama.

Hari ini wakil jurucakap kerajaan Mesir mengulas kemampuan Presiden nya, Hosni Mubarak dalam meraih keyakinan ahli dewan parlimen, barisan menteri dan perdana menterinya pada satu sidang media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kaca televisyen.

Ala, tengok kat TV jela. Itu pun tak sempat tengok habis berita tu sebab cuma tumpang tengok kat rumah member masa hantar dia tadi. Tak sempat sangat nak compute masuk input maklumat tentang situasi terkini Mesir. Sebuah negara yang sedang bergolak. Bergolak dengan kebangkitan para pemuda Mesir yang menentang pemerintahan yang penuh manipulasi oleh Tuan Presiden nya. (Masih kira Presiden ke camne?xpe2,pkir sendiri la ye..)

from Newsweek

Balik rumah masa demam hari tu pun sempat tengok sikit je Newsweek latest copy. Pasal youth revolution in Egypt. Iyela,kan dalam bahasa Inggeris.Tengah pening-pening lagi time tuh. Macam mana la nak larat baca semua..Haila,alasan betul la cik alang oi. Nampak sangat generasi baru sekarang ni kurang amek pusing isu ummat.Ish3..Nauzubillah. Kalau nak mengaku ummat Rasulullah di Padang Mahsyar nanti, kena la ambil tahu kan. (bukan sekadar ambil tahu,kena ada implikasi jugak la kan.).

Ni ambil potongan hadith dari blog Ust.Zaharuddin. Juga antara hadith yang kita biasa dengar,

من أصبح وهمه الدنيا فليس من الله في شيء ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Ertinya : Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa  yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)"
( Riwayat At-Tabrani, Majma' Az-Zawaid, 10/248 ; terdapat perawi bertaraf Matruk)
from Newsweek

Kali ni takda la nak tulis panjang-panjang..Cuma nak berkongsi tentang buku Pengenalan Dakwah Ikhwanul Muslimin oleh Sa’id Hawwa. Dah jadi macam ni di Mesir, baru la nak terkulat-kulat baca buku berkaitan gerakan Islam tersebut yang so called Muslim Brotherhood yang disebut-sebut dalam Newsweek beberapa keluaran terbaru ni.
Belajar untuk memahami uslub dakwah, kaedah dan pendekatan yang dibawa oleh pejuang-pejuang Islam di seantero dunia. Dari mana dan dimana titik temunya dengan perjuangan Rasulullah. Meskipun ramai yang declare masing-masing sebagai sebahagian dari Ikhwanul Muslimin, macam mana kita nak tahu kalau tidak mengenal garis perjuangan IM tu sendiri.  Sama juga bila kita mengaku kita penerus perjuangan Rasulullah, nak tahu authenticity jalan yang kita pilih ni, perlu tahu apa yang Rasulullah bawa dulu. Dari SIRAH RASULULLAH S.A.W~
Umur kian bertambah,
Malam berganti sudah,
Langkah menyusur sirah,
Sunnah menuntun tingkah..
Allahumma salli ‘ala Muhammad..Ya Rasulullah..
Hari ni umur meningkat lagi, adakah semakin hampir atau semakin jauh aku dari sisi mu nanti Ya Rasulullah..

Sunday, January 23, 2011

:: Buku Kira-Kira ::

Bila ditanya tentang ilmu,orang akan bertanya tentang sumbernya,
Bila ditanya tentang hidup,orang akan bertanya kisah perlanannya,
Bila ditanya tentang urusan agama, orang akan bertanya tentang dalilnya..
Kenapa bila ditanya tentang ilmu,tentang hidup,lalu diberi dalil,ramai yang menggaru kepala?
Apakah diasingkan agama dari keduanya?
Dalam Islam, ad-deen itu menceritakan semuanya, merangkumi segalanya dan tiada terpisah suatu pun daripada nya. Kerana Islam itu bersifat syumul, merangkumi setiap aspek kehidupan. Ceruk mana pun keadaan, moden mana pun pembangunan, Islam ada penyelesaian. Kalau ambil Islam suku2, alang tak kata, tapi Allah berfirman;
Maksudnya:
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan duniadan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab siksa yang amat pedih”.
(Al-Baqarah: 85)
Ni alang baca dari halaqahmuntijah.wordpress.com sebenarnya (sori la tak sempat nak betul-betul rujuk kitab Usul ‘Ishrin), katanya, “Adakah cukup dengan kita hanya mengakui tentang kesyumulan Islam tanpa beramal dengannya?”
Dan dalam ayat yang lain Allah juga berfirman,
“Dan hendaklah kamu memutuskan hukuman di antara mereka dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu”.
(Al-Maidah: 49)
Jadi kalau kita berhukum, menyandar suatu perkara solely kepada makhluk, nampak sangat la tak wajar kan. So, yang pertama sekali to take into consideration adalah, bukan apa yang kita suka, apa yang orang suka kita buat, tapi APA YANG ALLAH SUKA untuk kita lakukan.
Kalau kita asingkan jugak, ALLAH hanya pada urusan agama, atau yang lebih jelas bila Islam hanya pada ibadah khusus, that’s what we call ISLAM SEKULAR. Ideologi sekular yang bercucu cicit dari perang saraf golongan Yahudi & Nasrani untuk melemahkan aqidah umat Islam dengan mengasingkan agama dari aspek kehidupan yang lainnya . Agama hanya pada ritual2 tertentu gamaknya.

Kita pulak macam mana? 24 jam dalam sehari, adakah cuma total 1jam 30 min yang digunakan utuk solat fardhu itu sahaja tikanya kita bergelar Muslim? Dan urusan kehidupan yang lain adakah kita hanya berpaksi pada DUNIA semata? Adakah?  Nauzubillahiminzalik.
Sebab kalau cuma tak sampai 10% dari hidup seharian kita untuk Allah, tiket kemana yang kita tempah tu? Ke SYURGA atau NERAKA?
Alahai hidup..Sekarang dah jam 10.36 pm. Dah 22 jam 36 minit berlalu untuk hari ini. Apa isinya siang tadi? Apakah redha, atau murka Allah yang menyusul tiba??

Alang berpantun edisi malam;
Tinggi-tinggi buai melambung,
Tinggi lagi cita si anak,
Tinggi-tinggi dunia disanjung,
Tinggi lagi dosa mencanak.
Kira-kira berapa amal hari ni?
Kira-kira lebihkah dari dosa hari ni?
Kira-kira berapa baki buku kira-kira malan kita hari ni?
~Kira anak kambing melompat pagar sebelum tidur ..(kira zikir lagi bagus kan?)
 Sebab hari ni dalam hati ada taman, so kena muhasabah lebih sikit ye ^^ ..